Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday 5 August 2012

Salah Berdoa atau Dosa Silam

Last 3weeks aku ada tertgk rancangan AR RAYYAN yg dihoskan oleh ustazah Fatimah Az zahra. Ada ke yg x kenal die?

Ok xkenal xpe nnt gugel jer ek. Kebetulan rancangan tu membicarakn topik 'ZURIAT' dan telah men jemput sepasang suami isteri yg telah 2 thn berkahwin dan belum dikurnikan zuriat.

Topik begini kebiasaannya ustazah/ ustaz akan mengajar doa mohon mohon zuriat yg mn aku bajet kite2 TTC-ian ni dah pon hafal kat hjg lidah jer. Jd aku pn x berapa teruja sgt la tgk rancangan ni tp malas nk tuka channel. Sehinggalah bila mana ustazah Fatimah ni ajukan soalan kt kaple ni "KENAPA MAHU ZURIAT?" dan biasalah jawapan yg kebiasaannye kite jwp --> UTK ERATKN SUAMI ISTERI, LEBIH BAHAGIA, yg gitu2la jwpn tu.

Kemudian ustazah Fatimah pn bercerita. Ceritanya lebih kurang yg aku dgr dan phm la since x terujer ms tu kn. Ceritanya Nabi Muhammad SAW berkahwin lama sblm dikurniakan anak (xsilap ceritanya sehingga nabi bergelar rasul. Lama tu hampir 20thn). Tp Nabi yakin Allah SWT akan memberikan zuriat kpdnya. Dan niat nabi utk mempunyai anak adalah utk menjalankn suruhan Allah SWT, meneruskan ajarannya dan memperkembangkan Islam. Nabi x berdoa dan x niat nak anak utk bahagia ka utk lebih eratkn hbgn suami isteri etc. Subhanallah. Malunya aku rasa...

Then ustazah pon terus la suh kaple tu betolkn semula niat dan doa tu. Tgk diorg pn mcm terkulat2 dah. Lg 1, ustazah Fatimah turut tekankan penyebab belom ada zuriat ni mungkin berkaitan dgn dosa2 silam kite, dosa dgn ibubapa. Maka cpt2lar bertaubat dan mohon maaf pd ibubapa kite andai kite ade buat salah. Kite pn mmg ptt berbuat baik pd ibubapa kn. Doa ibu lebih baik drpd 1001 doa ustaz (ni ayat aku)

Rase bertepek kt muke ni bile ustazah ckp dgn lemah lembut kt kaple tu psl niat tu. Jadi x semestinya pd yg TTC, yg da dpt baby pn ptt betolkn niat kite agar insyaAllah anak kite jd umat Muhammad yg sejati. Amin.

**Dunia skang byk pancaroba moga anak2 kite dilindungi. Bykkn selawat ke atas nabi :)

Tuesday 12 June 2012

Lahirnya Miracle Baby..

Alhamdulillah pada 23 mei 2012 jam 4.45 ptg tercatit dalam sejarah salasilah keluarga aku dgn kelahiran seorang puteri di UKMSC. Aku memohon maaf kerana telah lama x hapdet blog ni sbb byk plak dugaan semasa mengandung di saat-saat akhir sehingga EDD terpaksa diawalkan 2w kemudian diawalkan lg 1w. Jdnya aku bersalin ms usia kandungan 37w2d. Semoga kalian yg lain terus berusaha dan pd yg sdg dlm perjalanan ini, smg dipermudahkan. Skang msh bz tune time dgn hidup br. Ada ms kite samb nnt yer.

Monday 12 March 2012

Tips 'Memagar Rumah'

korang penah tak rase semacam jer kalu nk masuk rumah? ada dengar bunyi aneh2 jer bila waktu malam tp kita igt org umah atas yg buat.

bg aku seeloknya, ada atau tiada baik kita pagar rumah kita dgn ayat2 suci al-quran agar syaitan pun susah nk masuk uma kite. kalaunk hindar pencuri leh la psg pagar besi, kalau nk hindar jin & syaitan, inilah caranya. Ni aku copy dr blog DarulRuqyah yg diasaskan oleh Ustaz Suhaimi yg selalu dah kua tv tu. Moga berkesan dan kita dpt lindungi keturunan kita drpd gangguan makhluk halus.. tak byk pun sikit tu pasti.

Adakah Rumah anda mempunyai salah satu tanda-tanda di bawah??

1-kadang-kadang terdengar bunyi guli jatuh di dalam rumah
2-terdengar sesuatu benda jatuh dari bumbung.dan kebiasaannya perkara ini berlaku pada   waktu malam
3-bila masuk ke dalam rumah tidak rasa tenang dan apabila berada di luar rumah sebaliknya berlaku
4- keadaan rumah suram dan menyeramkan
5-terhidu bau bangkai atau sesuatu yang busuk dan tidak menjumpai puncanya

Tips Memagar Rumah


 A.Bacaan
     1. Baca Surah Yasin
     2. Al-Fatihah,Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-nas Sebanyak 7x
     3. Surah Yasin ayat 9     = 21x
     4. Surah al-a'raf ayat 17 = 21x

B. Bahan
      1. Garam
      2. Daun Pandan 14 Helai @ Limau Purut 14 Biji
      3. Minyak Kasturi (Putih @ Hitam)

C. Kaedah

  1. Pastikan rumah tersebut bebas daripada sebarang azimat, tangkal dan unsur-unsur yang mensyirikkan Allah
  2. Sediakan 1 baldi air (mengikut keluasan dalaman rumah)
  3. Campurkan garam,daun pandan 14 helai @ limau purut 14 biji dan  minyak kasturi tadi
  4. Masukkan air yang di campur tadi ke dalam botol semburan.
  5. Buka pintu , tingkap dan almari
  6. Pasang cd ruqyahsehingga selesai kemudian azan sekali di tengah rumah
  7. Sembur di setiap ruang rumah ketika menyembur baca ayat kursi berulang-ulang sehingga selesai
# Cd ruqyah boleh didapati di pusat rawatan islam darul ruqiyyah atau kedai-kedai yang berhampiran

Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com

Friday 2 March 2012

Tahniah 'Mahu Jadi Ibu'

Alhamdulillah kwn TTC sorang ni pun dah sampai rezeki dia.. Semoga Allah SWT merahmati mereka sehingga baby selamat dilahirkan.

Tahniah 'mahu jadi ibu'.. :)

Thursday 1 March 2012

Langkah 3: Treatment

Sebaik jupe Prof Zainul ms 6w preggie tu, Prof mintak aku admit dan aku pun akur. Segalanya aku serahkan pd perancangan Allah yang penting aku berusaha dan yakin. 

Sebaik masuk wad, Prof yang mengetuai wad tersebut minta aku diberikan rawatan Anti Phospolipid Syndrome (APS) kerana ada sekali ujian tu positif pada tahun 2010 walaupun ujian ke-2 yang dilakukan 3 bulan selepas itu negatif. Ujian APS yang Prof buat ms aku jupe die tu pun negative jugak. Tp die yakin dan positif utk berikan aku rawatan tu berdasarkan 1 daripada 3 tanda2 APS iaitu recurrent miscariage dan atas sbb keputusan ujian yang positif tu.

APS adalah penyakit berkaitan auto immune. Dari penerangan doc2 sini, apa yg aku phm APS ni menyebabkan keguguran sbb sistem immune bdn kita detect janin adalah suatu benda asing yg perlu dinyahkan drpd bdn kita. So, saluran darah yg halus2 tu pun senang membeku menyebabkan darah tak sampai kepada janin.

Untuk merawat APS ni, ubat pencair darah pun diberikan. Jika pregnancy dahulu aku dpt pil Aspirin tuk cairkan darah, tp kali ni doc tukar ubat tu kepada Cardiprin. tukar brand jer kot. So, Prof decide aku diberikan suntikan Herparin utk lebih cairkan darah, Proluton utk kuatkan rahim dan Pregnyl utk sbb yg sama gak kot. Suntikan Herparin ni perlu diberikan hari2 sampai 9 bln, manakala Proluton dan Pregnyl inject 2 kali seminggu smpi 16w di mana waktu tu mungkin Prof akan consider utk aku discharge. Fuhhh dekat 3 bulan kene dok wad T_T

Dok hospital gomen beselah, vitamin 3 serangkai tu selalu miss, ade yg kate perlu bg ade yg kate tak perlu. Entahlah tp sbb aku mmg byk stok Asid Folik, aku mkn sendrik jer kalu diorg x bg. Injection tu pun hampir2 termiss sbb da smpi tgh mlm br nk inject tu pun da x larat remindkan doc. So ubat2 yg aku amik sepanjang trimester pertama ni adalah:

Suntikan:
- Herparin
- Proluton
- Pregnyl

Pil:
* Cardiprin
* Vitamin

Tu belum masuk ubat sbb aku ada urine infection dan heartburn ms 12w.. Dan masa tu la br paham perasaan mak saat mak kate nk cuti daripada makan ubat2 Darah Tinggi dan Kencing Manis dia, sian mak. Mmg x lalu kalu tgk ubat byk2 nk kene telan hari2..

Masa da masuk 7w, prof minta house doctor lakukan scan utk lihat jantung baby which mmg aku sgt berdebar2 ms ni. Sbb inilah mulanya. Sebelum scan sempat solat hajat dan tepon DH minta sokongan moral. Masa nk panjat katil tu pun rase menggigil dan berdebar giler sampailah doc besarkan pic kat skrin dan tunjuk bende yg tenggelam timbul tenggelam timbul. Itulah dia jantung baby yg sedang berdenyut. Airmata ni da tak terbendung dah ni tp doc Nisa yg buat scan tu leh buat selamba badak jer. Yelah apehal dia nk sebok hal aku agaknya kan or mungkin die lom kawen or mungkin dia x phm perasaan org yg TTC mcm aku ni. Kebetulan doc Heri, assistant Prof ada dlm bilik tu terdgr kata2 doc Nisa. And he said 'Alhamdulillah' sambil senyum jer tgk aku hehehe.. 

Ptg tu lepas nangis2 tepon DH, aku minta blk cuti sbb weekend dan Doc Heri bagi pesanan :

# Elakkan tangga
# Jangan buat kerja especially yg berat, byk gunakan tenaga
# Banyakkan rehat, baring

dan itulah yg aku buat sampai 16w.....

Thursday 16 February 2012

Fetal Doppler Machine

Semalam DH da g amik kan kat pej. pos parcel ni.. dalam hati berdebar dan tak sabar nk tunggu blk keje , nk tgk, nk guna, nak 'dengar' baby..

Fetal Doppler Machines (FDM) ni utk bakal ibu dan ayah dgr jantung baby dan dgr pergerakan baby dalam perut ibu. jadi dr situ pun kite leh monitor keadaan baby kita. So x yahla asik nk g scan je kan. Seawal usia kandungan 12w pun da bleh detect guna machine ni. FDM ni ade mcm2 jenis dan harga pun berbeza2.

Memula tu bila aku survey, byk suggestion dlm forum kate beli Angle Fetal Doppler sbb machine ni bleh record dan pasang mp3, guna cd yg kecik tu.


Tapi lepas pikir2, aku pilih machine yg ade LCD heartbeat baby since itu tujuan yg paling utama, nk monitor baby. kalu yg xder LCD kita kene kira sendiri berapa BP baby.. Aiyoo diri sendiri pya pun x pndi kira camne nk kirakan baby pya?? So inilah dia.....

Taraaa... pic aku nyer xderla sbb laptop rosak xleh bluetooth gambo. So aku amik jerla pic dr tenet yer.. Ni die jenis aku beli - Babysound Type B. warna pun warna pink juger ; dia ada 3 warna x silap.


Bende ni beli kat Ebay dengan harga USD19.99 free shipping in Asia .(Pembetulan, DH kate ada shipping charge USD18 for outside US) . Harga yg lain2 pun lebih kurang tula import from china. Tgk kalu kt UK pun die akan hntr melalui China jugak. Aku beli on 28 Jan dan parcel smpi uma pd 11 Feb aritu. So standard la. Selain dari Ebay korang leh survey2 gak kat Amazon.UK.

Kalu order yg jual kt FB tu pun pre-order plus tunggu shipping lg mau sebulan. Harga untuk Type B ni RM230 + free fostage. Type A plak yg xder LCD tu RM190 + free postage. Sgt berbeza ok. Bijaklah berbelanja.

So mlm td, bekejalah aku dgn machine ni mencarik BP baby tp x jupe plak, smpi la DH amik terus baby gerak2 smpi sakit telinge aku dgr die mcm berenang2 dlm perut ni dan sepakan die tu bunyik lebih jelas, bunyi sepak dlm air.. Wahh happy sgt tp still x jupe Bp baby. Bila DH cabut earfon dia, terus baby xnk grk plak.. Aisehh geng ngn baba plak die..

Til then, mlm ni kita sambung lg =)

Tuesday 14 February 2012

Petua Untuk Mengandung

Petua ni aku shared daripada page Senang Hamil di FB. Katernye ia dikongsikan dalam rancangan Tanyalah Ustaz @ TV9 tu. Jadi kawan2, tak salah mencuba petua ni pulak, caranya pun mudah dan mengikut Islam;

1. Ambil 4 biji kurma, suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian buang biji kurma tu
3. Blend kurma tadi bersama susu kambing
4. Minum air campuran tadi sorang segelas
5. Amalkan sekali sahaja seumur hidup
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi

InsyaAllah mujarab. Menurut ustaz tu, feedback yang dia terima, kebanyakan beroleh zuriat dlm masa setahun.

Selamat mencuba.

Friday 10 February 2012

Muntah

Alhamdulillah rasenyer da sebulan tak muntah2 dah walaupun rase loya2 tu masih ada dan bunyiknyer amatlah buruk sekali sbb kuat sgt.. Sbbnye bunyik kuat tu mungkin sbb aku nak menahan drpd muntah jd mcm meneran sikit la kat tekak ni katup bg rapat..

Start rase nk loya dan muntah ni besenyer bila kandungan masuk 8w ke atas. Endingnya plak tgk tuan punya badan. Ade org masuk jer 16w da ilang terus, ade org ilang kejap2 pastu muntah blk. Ada org yg langsung tak rase paper steady jek.. tu pun kira rezeki masing-masing jugak.

Kalu ikut petua dan kata2 org lama, eloklah kalau kita muntah2 itu menandakan baby kita sehat dan kuat. Ramai org ckp gak, muntah ni bleh legakan rase berat kat dada tu, sbb gas da naik ke atas dan leh legakan pening2.  Jadi kalau nk sedapkan diri yg penat muntah tu, just pk baby kita sehat dan kuat yer. Rase pening tu pun hilang tp kejap jer rasenyer pastu pening blk huhuhu....

Ada beberapa petua utk hilangkan rasa nk muntah tp aku x berani nak cube takut tak sesuai dgn badan, cthnya ade kate mkn asam, mkn nenas, etc. Yang paling senangnyer, muntah jer tak yah tahan2 buat tambah  sakit kepala jer.. Lepas muntah tdo lah hehehe..

Berbalik pd kata yg muntah tu menunjukkan baby kita kuat kan, sbb tu la kot aku rase baby ni sejak 3 4 minggu ni asik tendang2 kuat2 jer. Tendangan si dia tu leh rase smpi ke tulang belakang n buatkan aku rase mcm nk buang air besar. Aktif plak time tgh2 malam kan, mmg tak kasi bonda dia tdo la tuu.... ZzZzzZzz

p/s: Menaip dgn mate kuyu niee..

Saturday 4 February 2012

Langkah Ke-2 : Appointments

Alhamdulillah lepas buat Langkah Pertama tu, aku lekat uk kali ke-5 nyer.. sekejapan sgt. Syukur alhamdulillah. namun masa tu tuhan jer yg tahu ape dlm fikiran aku; kosong dan buntu sebuntu-buntunya. Tiada lagi warna2 pelangi sebagai background suasana masa tu. Lepas buat UPT pagi2 buta tu, aku terus baring sambung tdo blk. Bila DH tya selamba jer aku jwb "Double lines..."

Esok pgnyer, DH tya sekali lagi to confirm dan aku masih statik. DH berjaya berikan semangat sikit pd aku lalu aku pun dpt la plan apa yg perlu aku lakukan selepas tu. Kalu tak, kepala ni rase nk pecah bercelaru sgt. Aku tunggu lagi 2 hari sebelum confirmkan pregnancy di klinik panel, lepas confirm besoknya aku terus buat appointment di O&G HUKM. Hati ni masih lg berbaik sangka dgn klinik gomen tu, tmbh pula bila igtkan plan Dr. Ng sebelum kami buat DNA Test dulu.

Selang 2 hari, aku pun g lah klinik terebut dan Dr pd hari tersebut adalah Dr wanita bukan Dr. Ng (standard la kan). Dr tu pun confimkan pregnancy aku dgn UPT dan scan. 2 kali scan pd hari tu. Scan di bilik scan dan scan oleh Dr sendrik di bilik ICU. Dr confirmkan janin br 4w++ dan hya berikan vitamin 3 serangkai, Duphaston utk kuatkan rahim dan tukar brand aspirin kepada Cardiprin utk cairkan darah.

Bila aku tya mcm mane dgn suntikan Herparin yg diplankan oleh Dr. Ng sebelum ni, Dr wanita tu ckp die perlu rujuk kpd Prof dia di belakang sebentar. Sebaik Dr tu muncul, dia minta maaf dan kata prof dia x setuju utk berikan suntikan tu dulu sehingga janin 8w sbb penyakit / punca aku recurrent miscarriage masih blum diketahui plus keputusan DNA tu pun lom keluar. Aku ckp semua ubat tu ku da amik since 3rd pregnancy takkan masih nak gunakan kaedah yg sama? Tunggu hingga 8w utk next action da terlalu lmbt!
Dr wanita tu hya mampu suh aku bersabar dan bykkan solat hajat.....

Blk dr klinik gomen tu, aku terus kol klinik pakar HUKm utk set appointment dgn Prof Zainul Rashid.  Alhamdulillah urusanku dipermudahkan, tak perlu tunggu smpi 3 bulan, nekt weeknya aku dpt booking. DH terpaksa outstation seminggu dan aku pun mohon ler cuti rehat sbb tak mampu nk drive. Rase bdn lemah lgpun saje dgr ckp2 org kata jgn drive sbb tu pun dikira berat utk org mcm aku huhuhu.. Jadinya, hari Rabu tu aku pun g lah ditemani oleh kakak ku ke Tkt 7 di mana klinik tu terletak. Lama gak tunggu mcm kat UMRA gak almost 2jam tp berbaloi. Prof. Zainul bermisai lebat lembut orgnya tp tegas. Lps scan prof kate janin nmpk kecik sgt walau dah 5w +, hm kcutnya hati dgr tp Prof very positif. Dgn prof aku citer semua yg telah aku jalani sepanjang aku TTSP dan prof agak pissed off dgn beberapa jawapan yg Dr2 HUKM telah berikan kepada aku spt mcm mn they handle my feeling abt risk of losing my 3rd pregnancy, psl ubat melalui injection, psl treatment last week dan mintak nama2 Dr terbabit. Aku just jwb aku x igt jer sambil2 die godek info aku dlm database HUKM .. hmm yg tu hebat, guna database wooo senang nk cek..

Bila aku minta surat sokongan utk aku cuti tanpa gaji, Prof diam jap n mintak aku duduk wad dgn alasan nnt kat rumah aku tetap akan byk bergerak di mana die nk aku bykkan rehat, kurangkan bergerak agar O2 dan darah akan lebih tertumpu ke baby. Meanwhile, team medic die bleh pantau aku. Kakak aku pun terus bersetuju dgn Prof..Aduhhh ngerinya dgr kene dok spital smpi baby 4 bln plak tu.. Bila tgk aku 50-50, Pof bg jer surat kemasukan wad kat aku dan mintak aku masuk secepat mungkin, kalu bleh skang gak brg2 mintak famili bwkkan nnt. Issh prof ni, aku ckp kot ye pun sy nk tuunggu suami sy blk outstation esok lusa. Then he said ok tp jgn x masuk =)

Hari tu prof bg injection Pregnyl dan Proluton di mana injection ni setiap 2 minggu sekali. Dan buat BD utk Anti-Phospoliphid Syndrome sebelum inject. Lain2 BD die akn buat semasa di wad sbb aku tak perlu byr since guna GL. Seb baek masuk wad biasa leh la guna GL, kalu masuk wad private tu smpi 4 bulan?? Bankrap la makcik karipap @_@ . Hari tu total semua = RM350.

Blk ptg tu terus carik roti canai hehehehe...

Monday 30 January 2012

Langkah Pertama

Langkah pertama aku plan utk conceive balik adalah dengan menulis blog.. hahaha mcm kelaka jer bunyiknya tp itula yg aku lakukan. Kenapa? Sebab drpd blog tu aku leh express dan share apa yg aku rasa.. Sharing can really makes you relief.. Di samping tu aku pun boleh baca blog rakan2 yg seangkatan dgn aku, dpt sokongan drpd seseorang yg aku tak kenali tp begitu memahami apa yg aku rasa tp bukan utk meraih simpati yer.. Pendek kata, blog adalah tempat meluahkan sejuta rasa yg terpendam dlm hati ni tanpa rase bersalah dan buatkan aku rase lega...~

Kemudian, drpd blog kwn2 nilah aku plan apa lagi langkah yg belum aku ambil. Bila baca blog kwn2 rupanya mcm2 yg diorg da lakukan berbanding aku.. Aku tak pernah buat IUI, operate, IVF dll.. Aku juga tiada cyst, endo, PCOS dll.. Bila kita di sini, barulah kita tahu masih ada yg lebih byk dugaannya selain kita.. dan aku rasa syukur~

Setelah tu, aku tetapkan utk buat IVF dan start searching about it.. get more info as much as i can to make sure that was what i wanted to do and i was well prepared. Decision tu dibuat memandangkan aku da malas nk tunggu2 lagi dan aku ada terbaca blog Ummi psl IVF yg dia lakukan dlm RM9K jer secara total. Alhamdulillah IVF dia berjaya dan baru2 ni pun baby da selamat dilahirkan.

So, aku pun mengorak langkah dgn mengontek ummi dan ummi sudi berkongsi cerita psl IVF dia. Ummi yg cadangkan aku berjumpa dengan Prof. Zainul Rashid, pakar gynea di private hospital HUKM. Lepas berbincang dengan DH, kami pun sepakat utk buat appointment di klinik tersebut memandangkan hati ini masih lagi berbuku dgn Klinik Dr. Hamid Arshat yg gagal mengendalikan booking aku dulu.. (dendamkah? huhuhu~)

Friday 27 January 2012

Nek Mah Bidan Power!

Satu hari tu, masa tgh sebuk2 buat keje kat opis tetiba kwn sekolah ym dan dengan sopannya memohon izin untuk bertanyakan 'khabar' aku.. Bagusnya kawan aku sorang ni. Nama dia Shiera. Lepas aku mengatakan aku baru keguguran kali ke-3, Shiera bercerita psl sorang lg kwn kami yg da kahwin hampir 10 thn namun masih tiada tanda2 untuk mengandung dan lastly doc isytiharkan dia MANDUL.

Mandul adalah perkataan yg paling tak enak untuk didengar bukan? Lalu, kwn yg sorang ni terlalu sedih dan bercerita la dgn Shiera masalah dia. Jadi shiera ni cdgkan kwn ni berjumpa dengan Nek Mah untuk berurut. Nek Mah ni mmg keturunan bidan di Kuala Selangor dan telah dpt sijil perbidanan drpd Hospital Tg. Karang. Alhamdulillah lepad berurut ngn Nek Mah, kwn tu mengandung. Subhanallah..

Jadi, aku pun saje la nk g test. Tiada harapan yg aku letakkan sekadar nk sedapkan badan sbb aku suke g diurut huhuhu.. Lagipun br abes berpantang dan pindah rumah mestila bdn penat.. Urutan Nek Mah biasa jer sesuai dengan usianya jd urutannya x berapa keras tp masih terase dan leh wat kite terlena. Namun, urutan dia bukan cincai boncai mcm orang indon (jgn berurut ngn org indon / asing, selalunya mereka tu buat2 pandai jer ) tp dah dpt sijil perbidanan ok. Bagi sesetnagh org yg sukakan urutan keras, korang takkan rase best la ngn urutan Nek Mah ni. Bayaran lak ikut keikhlasan kita.

to be con't .... =P

cont. nie...................................

Nek Mah dok ngn anak dia kat area AU Keramat. Lepas Shiera cerita psl member ktrg td aku pun saje nk la nk g ngetest since dekat gak ngn uma parents kan. Alhamdulillah sekali berurut ngn Nek Mah, aku terus lekat.. 2 bulan lepas keguguran pd bulan Feb, Bulan Mei period x dtg.. namun sekali lg aku keguguran  selepas 15w.. itu pun aku paksa bg turun sbb dah tahu janin sekali lg tak menjadi...

Abis pantang aku tunggu lepas raya utk urut lagi ngn Nek Mah. Masa tu pun period da dtg tp sikit2 sgt cam tompok2 jer.. Abis period tu terus g jupe Nek Mah, hm layan abesss sbb badan pun penat ngn outstation dan raya sakan kan.. Masa nk g urut tu DH sempat gak ngusik 'sekali lepas urut ngn Nek Mah ni lekat gak cam dulu'. Aku cakap: 'tak kot sbb period sy pun sikit jer ni baru nak teratur blk'. Memula tu igt nk rehat la gak sbb rase cam trauma..... Rupa2nya masin mulut DH.. Kalu ikut kiraan 28 hari, period da lewat 4 5 hari aku da mula rase pening. Cukup 5 hari aku wat UPT mmg nampak la 2 line tersebut... Sikit pn aku tak tersenyum, tapi DH nmpk seronok gak la.. dan bg aku semangat utk pastikan kali ni berjaya.

Nek Mah pun ada buat jamu sendirik dan aku pun saja la beli nak senangkan hati dia .. Disebabkan baru mkn kejap jer tak tau la jamu tu berkesan ke tak.. So, kalu nak rase tangan Nek Mah boleh la tinggalkan emel nnt qaseh reply k =)

** bukan nk berahsia tp kesian kat Nek Mah tu kalau ramai sgt yg dtg. Sebelum korang dtg pun jgn lupe tepon die dulu k  =)

Wednesday 25 January 2012

Pregnant Kali ke-5

Aku mmg x sangka akan 'lekat' semula lepas 2 bulan keguguran. Mungkin ada beberapa faktor yg boleh aku andaikan sebagai penyebab rezeki ini dtg dengan cepat:

1) Kerja ala2 bercuti selama 3 minggu di China masa berpantang - stress free, jgn stress2..

2) Berurut lagi dengan Nek Mah the Bidan Power utk sedapkan badan lepas blk dr outstation tu..

3) Abis pantang, terus bersama suami sesuai dgn kiraan waktu subur - cycle 28 hari jadi hari ke 10 - 14 tu mmg betul2 subur.. Ni terbukti sbb tahun ni 2 kali aku lekat...

4) Amalkan ayat2 al-Quran yg diberikan ustaz2 di samping rawatan ruqyah yg mereka berikan - ada mandi air daun bidara (Darussyifa'), mandi ngn garam bukit, minum air zam-zam, sapu minyak habbatussauda di sendi2, solat hajat oleh anak2 yatim dan tahfiz (Darul Ruqyah)

# Lepas rawatan2 tu jugak, aku rase semangat aku semakin kuat.. x mudah terperanjat atau takut2 sendiri..

Walau bagaimanapun, itu semua usaha kita, Allah swt jualah yg menentukan. Wallahua'lam..

Tuesday 17 January 2012

Praeklampsia - Bakal ibu patut tahu

Apa itu praeklampsia? 

Praeklampsia ialah keadaan yang dicetuskan oleh kehamilan, dan ianya boleh berlaku pada peringkat kedua kehamilan. Ia bercirikan tekanan darah yang tinggi,bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang cepat disebabkan pengumpulan air dalam tubuh, dan protein dalam air kencing. 

Praeklampsia meliputi yang ringan juga yang paling teruk dan boleh menjejaskan beberapa sistem dalam badan. Walaupun tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya sama sekali semasa kehamilan, praeklampsia boleh dikawal. 

Oleh kerana ia mengurangkan aliran darah ke plasenta, praeklampsia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda. Ia boleh menyekat tumbesaran bayi sebab oksigen atau nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi. Jika anda mempunyai sebarang sebab untuk mensyakki yang anda menghidap praeklampsia, hubungilah doktor anda dengan segera. 

Jika praeklampsia melarat menjadi eklampsia, tekanan darah anda akan menjadi sangat tinggi dan anda beserta bayi anda menghadapi risiko yang serius. Eklampsia boleh menyebabkan sawan atau konvulsi, yang boleh melarat menjadi koma dan meragut nyawa. Sekiranya eklampsia berlaku, ianya lazim terjadi di peringkat akhir kehamilan atau selepas bayi dilahirkan. 

Adakah sesetengah wanita lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia? 

Praeklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 wanita yang hamil. Eklampsia pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan praeklampsia akan mendapatnya. Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bayi dilahirkan. 

Penyebab praeklampsia sebenar tidak diketahui tetapi beberapa faktor risiko telah dikenal pasti. Anda lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia jika ini merupakan kehamilan pertama anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang sebelumnya. 

Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda: 

• berumur 40 tahun atau lebih; 

• tersangat gemuk semasa anda menjadi hamil, iaitu dengan BMI 35 atau lebih. 

• mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah anda, termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus, masalah ginjal, atau diabetes; 

• mengandung kembar or berganda; 

• mempunyai sejarah praeklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak yang mengalaminya; 

• telah mengalaminya sebelum ini – satu dalam lima orang wanita akan mendapatnya kembali. 

Bagimana saya boleh mencegahnya? 

Tiada cara yang pasti untuk mencegah praeklampsia. Tetapi, cara yang terbaik untuk memastikan yang anda atau bayi anda tidak terancam ialah dengan berjumpa doktor anda secara kerap untuk temujanji antenatal anda. Sebabnya ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dijalankan oleh doktor atau jururawat semasa anda hadir untuk temujanji antenatal anda, adalah untuk mengesan tanda-tanda awal praeklampsia. 

Terdapat bukti bahawa aspirin biasa dos rendah dan suplemen calcium sebelum dan semasa awal kehamilan boleh mencegah praeklampsia dalam sesetengah wanita. Berbincanglah dengan doktor jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan ini. 

Sekiranya saya mendapat praeklampsia, bagaimanakah rawatannya? 

Jika tekanan darah anda naik secara sederhana, anda akan dinasihatkan untuk mendapatkan seberapa banyak rehat yang boleh, dan caranya ialah dengan berbaring di sisi kiri anda sebab ini akan membantu aliran darah ke plasenta, atau dengan duduk dalam posisi tegak. Anda mungkin diminta pergi ke pejabat doktor setiap hari untuk memeriksa tekanan darah anda. 

Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan dimasukkan ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau. Imbasan akan digunakan untuk mengesan tumbesaran bayi anda dan alat CTG (cardiotocograph) akan digunakan untuk memeriksa kadar denyutan jantung bayi anda dan kesihatannya secara umum. Tujuannya ialah untuk meneruskan kehamilan anda seberapa lama yang boleh, untuk memberi peluang yang sebaik-baiknya kepada bayi anda. 

Anda juga akan diberikan suntikan magnesium sulfat. Satu kajian penyelidikan yang besar yang diterbitkan pada tahun 2002 mendapati bahawa jika ibu yang mempunyai praeklampsia diberikan magnesium sulfat, risikonya mendapat eklampsia dikurangkan hingga separuh. 

Sekiranya tekanan darah anda tidak dapat dikawal, pakar obstetrik akan mencadangkan supaya anda menjalani cetusan kelahiran atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean. 

Praeklampsia akan pulih dengan sendirinya setelah anda melahirkan bayi. Tetapi, anda masih berisiko praeklampsia sehingga empat minggu selepas bayi anda dilahirkan, terutamanya jika praeklampsia anda itu teruk atau didiagnos apabila kehamilan anda sudah mencapai minggu ke-37 atau lebih. 

Apakah petanda amaran bagi praeklampsia? 

Ada kalanya praeklampsia akan maju dengan pantas. Sekiranya anda berada dalam peringkat kedua kehamilan anda atau di minggu-minggu pertama selepas kelahiran, jangan teragak-agak untuk memanggil doktor anda jika anda mempunyai salah satu daripada simptom yang berikut: 

• muka, tangan atau kaki anda bengkak dengan tiba-tiba; 

• sakit kepala yang akut diikuti dengan penglihatan yang kabur; 

• sakit yang tersangat teruk di bahagian atas abdomen anda; 

• muntah. 

Pengesanan dan rawatan awal boleh menentukan secara signifikan bagaimana praeklampsia itu berkembang kelak. 

Bolehkah praeklampsia menyebabkan komplikasi lain? 

Kadangkala, tetapi jarang berlaku, ia boleh membawa komplikasi seperti sindrom HELLP, yang merupakan gangguan fungsi hati dan pembekuan darah. HELPP bermaksud seperti berikut - haemolysis (H - pemecahan sel darah merah), enzim hati meningkat (EL - elevated liver enzymes) dan bilangan platelet yang rendah (LP -low platelet). Ia boleh berlaku sebelum praeklampsia dapat dikesan dan didiagnos. Simptom HELLP termasuklah sakit kepala, terasa loya dan sakit di bahagian atas abdomen. 

Monday 16 January 2012

First Kick Untuk Baba~

Jika sebelum ni aku hanya merasakan denyut2an halus jer di perut yg comel ni, skang denyutan2 tu semakin kuat dan jelas.. 'Duk'.. 'Duk Duk Duk' kalau die tendang. Alhamdulillah, rase nk menitis airmata ni. Biasanya pun denyutan tu terase jika aku berehat, relax, menyandar di kerusi atau baring. Sekarang tgh buat kerja opis pun terase die bergerak2.. Seperti ombak. Rase nk ketawa pun ada sbb kadang2 tu aku rase seperti digeletek.. Subhanallah besar rahmatMu ya Allah, sukar nk gambarkan perasaan ini..

Aku perasan baby start tendang kuat hari Khamis lepas, masa nk tdur biasanya aku ajak baby bace ayat kursi dan 3 qul sambil tgn letak di perut, mengusap2 dia. Elok abis baca, baby terus gerak2 dan tendang kuat2.. Terus aku panggil DH untuk letak tgn die kat perut, DH pun rase 'Duk Duk' "Ei kuatnya tendang bonda" kate DH.. Lepas tu kami ketawa sama2.. Syukur ya Allah, indahnya saat itu. So, esok2 pun DH dpt rase baby tendang lagi dan selepas ni tu, DH pun gunakan baby jerla utk balas dendam kat bonda ni.. Sikit2 ngadu ngn baby n suh baby tendang bonda.. Jaat huhuhu...

Thursday 12 January 2012

Tahniah 'Nak Pregnant' @ Aisyah

Alhamdulillah salah seorang rakan TTC kita da mendapat 2 lines kelmarin.. Semoga Allah merahmati aisyah dan suami.. Rezeki mereka sudah sampai setelah berusaha tanpa jemu..

Boleh tak nk bagi sedikit kata-kata hikmah buat rakan-rakan TTC yg masih belum mendapat rezeki ni. :

Aku harap korang jgn berputus asa dan rase jemu utk dapatkan zuriat. Bila kita rase kecewa, sebenarnya tanpa kita sedar kita akan delaykan usaha kita. (mcm aku 2 thn baru nk g treatment, rugi betol) Masa terus berjalan meninggalkan kita tanpa tunggu sesaat pun. Sedar tak sedar nanti semuanya sudah terlambat. Jadi berusahalah selagi mampu. InsyaAllah, lambat laun dtg jugak rezeki itu, tapi igtlah rezeki takkan datang bergolek. Sbb tu kene berusaha. Caiyok2!

Semoga Allah SWT sentiasa melimpahi kita dengan rahmatNya yg luas....

Pergerakan Bayi Anda Semasa Kehamilan

Bilakah pertama kali saya merasakan pergerakan bayi saya? 

Sensasi pergerakan lemah lembut bayi yang dirasai pada peringkat awal kehamilan merupakan satu saat yang amat penting bagi anda. Dan apabila pergerakan lemah ini berubah menjadi tendangan-tendangan kuat, anda akan pasti bahawa kehamilan anda berkembang dengan sempurna. 

Jika anda sedang hamil buat kali pertama, anda mungkin tidak akan menyedari bila masanya bayi anda mula bergerak, sebab anda belum pernah mengalami sensasi pergerakan tersebut – sebenarnya, ramai wanita menyatakan bahawa pergerakan awal itu menyerupai denyutan yang lembut dan halus. 

Bagi kehamilan pertama, anda mungkin mula menyedari pergerakan ini antara minggu ke-18 dan minggu ke-20. Bagi kehamilan seterusnya, di mana anda sudah dapat mengenali petanda tertentu, pergerakan ini akan disedari lebih awal lagi, iaitu antara minggu ke-15 dan minggu ke-18. 

Apakah yang bayi buat di dalam itu? 

Sebaik saja pergerakan awal dirasai, yang dikatakan seakan-akan kupu-kupu mengibaskan sayap, anda akan mula sedar bahawa sensasi tersebut menjadi lebih kuat dan berlaku dengan lebih kerap. Semasa bayi anda sedang membesar, sensasi ini akan berubah dari semasa ke semasa sehinggakan anda mengalami tendangan dan pukulan yang semakin hebat apabila kehamilan anda semakin maju dan matang. 

Bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa sebab, seperti kita juga, ada masa-masanya ia hanya mahu berehat dan tidur walaupun untuk 40 minit sahaja setiap kali. Tetapi, anda merasakan bahawa tempoh rehat bayi itu lebih panjang dari itu sebab anda tidak dapat merasa dan mengesan setiap pergerakan. 

Untuk makluman anda, berikut diberikan sedikit panduan tentang apa yang akan berlaku kepada bayi anda semasa ia sedang membesar dalam kandungan. 

Dari minggu ke-20 hingga ke-24 

Aktiviti bayi anda akan bertambah perlahan-lahan dari minggu ke minggu. Pada minggu ke-20, dan selama 10 minggu berikutnya, bayi anda akan melalui perkembangan yang amat giat di mana ia akan banyak menendang dan berpusing-pusing. 

Dari minggu ke-24 hingga ke-28 

Bayi anda akan mula tersedu, dan inilah sebabnya anda kadang-kala mengalami pergerakan tersentak-sentak. Sak amnion (ketuban) anda pada masa ini mengandungi cecair sebanyak 750 ml (26 fl oz) yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Walaupun bayi telah lama dapat mendengar bunyi, baru sekarang anda mendapati bahawa bayi tersentak apabila mendengar bunyi-bunyian yang mengejutkan. 

Pada minggu ke-29 

Bayi anda akan mula membuat pergerakan jarak kecil yang lebih mantap, disebabkan ia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda. 

Pada minggu ke-32 

Pergerakan bayi anda berkemuncak pada masa ini, dan pada minggu-minggu berikut anda akan mendapati bahawa kekerapan serta jenis pergerakan semakin bertambah disebabkan bayi anda terus membesar dan menjadi lebih kuat. 

Dalam lingkungan minggu ke-36 

Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama sebab otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasakan adalah pukulan tangan dan kaki bayi anda, dan bayi juga akan membuat tendangan kuat dan perit terhadap tulang rusuk anda. 

Sekiranya kehamilan ini bukan yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh kelahiran yang dijangkakan. 

Dari minggu ke-36 hingga ke-40 

Badan bayi mula menjadi lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi itu menghisap jarinya dan sekiranya terlucut jari itu, anda akan merasakan pergerakan yang pantas dan perit disebabkan pergerakan kepala bayi dari kiri ke kanan dalam usahanya mencari dan mendapatkan jarinya kembali. 

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang. 

Pergerakan dan posisi di peringkat akhir kehamilan 

Pada minggu-minggu terakhir, bayi anda akan menetap dalam mangkuk pelvis anda, dan bersiap sedia untuk dilahirkan. (Sekiranya ini tidak berlaku, nasihat lanjut boleh diperolehi dari kami tentang bagaimana meletakkan bayi anda dalam posisi optimum untuk kelahiran). Kepala bayi anda terasa seakan-akan sebiji tembikai yang menekan kepada lantai pelvis dan membuatkan anda agak berhati-hati semasa hendak duduk. 

Apabila kepala bayi menurun lagi ke dalam pelvis anda, anda akan terasa "ringan", disebabkan tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk anda tidak begitu kuat lagi. 

Pada peringkat ini, anda tidak akan mengalami pergerakan yang dibuat oleh keseluruh badan bayi. Di sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, yang dipengaruhi oleh posisi bayi tersebut. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda. 

Ada masa-masanya bayi anda akan diam berehat dan ada masa-masanya anda akan mengalami aktiviti bayi yang berlebihan, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring dan hendak tidur! 

Berapakah tendangan yang patut saya rasakan dalam satu hari? 

Semasa anda sedang sibuk, anda mungkin kurang menyedari pergerakan bayi anda. Anda akan lebih menyedari pergerakan ini semasa anda sedang duduk berehat. 

Kajian aktiviti fetus menunjukkan bahawa pergerakan bayi semasa dalam rahim menunjukkan pola berjaga dan tidur yang berlainan – tiada jumlah tendangan yang boleh dianggarkan secara purata – namun begitu, setelah sampai ke peringkat akhir dalam kehamilan, anda mungkin sudah mengetahui dan boleh menentukan pola pergerakan bayi anda. 

Saya tidak terasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang? 

Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Sekiranya anda mahukan ketenangan fikiran, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak: 

• Baring secara mengiring (dengan mengampu punggung) dan jangan bergerak. 
• Angkat kaki ke atas dan relaks. 
• Halakan bunyi musik ke perut anda. 

Tidak lama dahulu, wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan fetus. Anda perlu merekod berapa kali pergerakan bayi berlaku sehingga anda mendapat jumlah 10 tendangan, seelok-eloknya pada masa yang sama setiap hari. Walau bagaimanapun, carta seperti ini telah menjadi kurang popular disebabkan penyimpanan rekod sedemikian mudah dilupai, dan juga didapati sukar untuk memadan dan mengimbangkan pola tendangan tersebut. Ini telah menyebabkan kebimbangan di kalangan wanita berkenaan yang tidak sepatutnya berlaku. 

Sebaliknya, fahamilah pola gerakan bayi anda dalam waktu anda berjaga dan sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, hubungilah doktor anda dengan segera. 

Semakan terakhir: Ogos 2009 

Tuesday 10 January 2012

Bersalin Macam Beyonce!

Whether or not you've ever had a baby, you're probably aware that the actual process of giving birth isn't exactly a walk in the park. But if you're superstar Beyonce, you can certainly do your best to make sure you're surrounded by luxury, privacy, and special treatment.

The pop singer and her husband, hip-hop mogul Jay-Z, 42, pulled out all the stops to make sure they welcomed new baby girl Blue Ivy (who arrived on Saturday via C-section) in style. The couple reportedly shelled out a whopping $1.3 million to take over a swanky, newly renovated suite (and according to some reports, an entire floor) at Manhattan's Lenox Hill Hospital on the Upper East Side.
When Beyonce checked in -- under the pseudonym Ingrid Jackson -- her demands were definitely diva-ish. Hospital staffers were forced to turn over their cell phones (to avoid any unauthorized picture snapping) and instructed to cover the lenses of the floor's security cameras with tape.

And the "If I Were a Boy" songstress didn't just turn to hubby Jay-Z for support while in labor. She also enlisted an entire security team to stand guard during her stay. Sure, it makes sense that they wanted to ensure that Bey and her baby didn't get swarmed by the paparazzi or an unscrupulous peeping Tom, but the new mom seemed to forget that she wasn't the only one at the hospital with a bundle of joy to gush over. Among other parents irked at how they were treated, a Brooklyn man named Neil Coulon is still reeling from his run-ins with Beyonce and Jay-Z's muscle men while attempting to check on his premature twins inside Lenox Hill's neonatal intensive care unit.

"Three times they stopped me from entering or exiting the NICU and it happened once on Friday [the day Beyonce actually checked in] just because they wanted to use the hallway," the frustrated dad told the New York Daily News. "They should have been more strategic about it. These are children with problems in intensive care and you're just going to take over the hospital like you own it? All I want is an apology."

p/s: Hebatnya menjadi org byk duit.. sampai tak fikir baby org lain yg tgh kritikal pun..

Monday 9 January 2012

Kaki Cramp!

First time kaki cramp, sakitnyer~~  Terjaga dari tdo sbb kaki kiri cramp smpi terangkat ke atas. Terkejut DH dgr aku merengek terus tya kenapa2 smbl pgg perut aku.. Aku lak rase sakit sgt smpi xleh bercakap, so tunjuk jerla tang kaki yg da terangkat ke atas tu.. Airmata da nk meleleh dah...

MasyaAllah, sakitnya smpi ke pinggang rase. Tak mcm cramp2 yg pernah rase sebelum ni. Bila cerita ngn famili diorg ckp bese la tu, nnt tdo tinggikan lg kaki.. member lak ckp nnt akan kerap berlaku dan bleh rase mcm kaki tu nk cramp.. Bila perut da besar lagi kerap dan sakit.

Aku ade survey kat tenet, katenyer kaki cramp ni sbb kurang kalsium ye ker? Tp aku minum jek susu hari2.. Kalau sesape ade tips, harap boleh share yer .. TQ =)

Friday 6 January 2012

Berat Naik Mendadak!

Alhamdulillah hari ni usia kandungan ku da masuk 18w.. As usual setiap kali nk masuk week baru mest ade dugaannya.. Semalam seharian perot rase x selesa, menyucuk2 dengan kuat dan kerap.. Baring mengiring ke kiri pun masih rase, ke kanan pun terase sakitnya ya Allah. Hanya tuhan jer yg tahu dalam hati ni risaunyer mcm mane. Betul ker rase sakit ni sbb perot nk mengembang lagi atau sbb lain (hmm xnk sebuttt) Sebelum2 ni xder plak rase sakit ngilu camni, sakit betol sampai sms DH ngadu rase nk nangis x tahan.. Stresss!

Mujur DH pndi pujuk.. kate DH baby nk besar, so perlukan ruang yg besar sbb tu sakit. Sabar yer, cakap2 la ngn baby.. Hm elok chatting2 ngn DH baru rase nyut2 baby utk hari semalam, hilang rase sakit jap..

Bila smpi uma DH kate peyot da nmpk makin besar, jika sebelum ni breast yg nmpk dulu skang da nmpk perot dulu. Sejuk rase hati tp still DH kene urut lps aku mandi bg hilangkan stress td huhuhu..

As usual gak, aku akan timbang berat aku.. Terkejut plak aku nengok penimbang tu, las week timbang 57kg arini timbang da 58.3kg.. Agaknye sbb tu ker aku rase sakit sgt smlm? Sbb baby besar mendadak??

hm.. kalau ginilah gayenyer, mmg kene kontrol mkn la plak.. walaupun aku rase aku mkn dgn kuantiti yg sama sebelum ni...

Thursday 5 January 2012

Miracle of Qaseh

Salam semua.. di pagi yg indah ini, tetibe aku rasa nk tukar nama pena blog ni.. yelah rase mcm susah pula org nk menyebutnya kan.. Since aku suke benar dengan nama QASEH ni, jadi nk abadikan nama tu dalam blog ni lah.

Nama Qaseh ni adalah nama pilihan aku semasa 1st pregnant tahun 2007 dulu (hmm da berzaman lak rasenyer) seandainya kami dikurniakan baby gurl.. Tp takdir Tuhan mendahului segalanya, x sempat nk diabadikan kepada baby kami.

Harap korang suka dan dapat memudahkan korang utk panggil aku lepas ni yer.

Sekian, selamat bekerja ... huarghhhhh ngantuknyer zzzz...

Wednesday 4 January 2012

First Day Masuk Opis Semula

Well, lepas hampir 3 bulan tak masuk opis, camne la gamaknye rupe meja aku kan? Dalam hati dok terpikir itu jer semasa dalam perjalanan ke opis. Oh mesti byk bende nk kene setel dan tetibe semangat bekerja dtg meluap-luap. Sampi opis, meja kelihatan spt biase jer dan.... tak berhabuk. Thx pd makcik cleaner opis ni, mmg terbaekkk!

Disebabkan semangat berkerja yg meluap2 td, pg2 da bukak FB dan blogwalking hahahaha~ Seronok tahu ramai gak kwn2 TTC yg da lekat. Tapi ramai juga yg masih belum dpt rezeki ni. Aku doakan masa korang akan smpi dlm waktu yg terdekat, Harap x perlu tunggu berhadapan dgn pengalaman mcm aku ni.

Ok back to work, ade a few kerja yg org lain buatkan tp suku jalan sbb bukan keje hakiki diorg kan (beselah tu, mcm ni nk multiktasking mcm SBPA ckpkn tu?). Baby lak mcm tahu2 jer bondanyer da start keje, baik jer x der rase nk meloya kt opis tp baby kurang berdenyut2 mcm bese.. denyut pun rase x kuat .. adakah sbb aku  byk bergerak kt opis ni? hmmm...

Blk keje br rase penat sgt badan, rase loya makin menjadik2 lak.. So hubby terus suh bersiap g dinner sbb dia pun x larat nk masak. Balik dinner terus solat baring dan tunggu Dr. Hubby inject montot.. sambil aku terus hanyut... Penat sgt rase sampai terlupa nk rase denyut2 baby kt perut masa baring sebelum tdo =_="