Google+ Followers

Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 12 March 2012

Tips 'Memagar Rumah'

korang penah tak rase semacam jer kalu nk masuk rumah? ada dengar bunyi aneh2 jer bila waktu malam tp kita igt org umah atas yg buat.

bg aku seeloknya, ada atau tiada baik kita pagar rumah kita dgn ayat2 suci al-quran agar syaitan pun susah nk masuk uma kite. kalaunk hindar pencuri leh la psg pagar besi, kalau nk hindar jin & syaitan, inilah caranya. Ni aku copy dr blog DarulRuqyah yg diasaskan oleh Ustaz Suhaimi yg selalu dah kua tv tu. Moga berkesan dan kita dpt lindungi keturunan kita drpd gangguan makhluk halus.. tak byk pun sikit tu pasti.

Adakah Rumah anda mempunyai salah satu tanda-tanda di bawah??

1-kadang-kadang terdengar bunyi guli jatuh di dalam rumah
2-terdengar sesuatu benda jatuh dari bumbung.dan kebiasaannya perkara ini berlaku pada   waktu malam
3-bila masuk ke dalam rumah tidak rasa tenang dan apabila berada di luar rumah sebaliknya berlaku
4- keadaan rumah suram dan menyeramkan
5-terhidu bau bangkai atau sesuatu yang busuk dan tidak menjumpai puncanya

Tips Memagar Rumah


 A.Bacaan
     1. Baca Surah Yasin
     2. Al-Fatihah,Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-nas Sebanyak 7x
     3. Surah Yasin ayat 9     = 21x
     4. Surah al-a'raf ayat 17 = 21x

B. Bahan
      1. Garam
      2. Daun Pandan 14 Helai @ Limau Purut 14 Biji
      3. Minyak Kasturi (Putih @ Hitam)

C. Kaedah

  1. Pastikan rumah tersebut bebas daripada sebarang azimat, tangkal dan unsur-unsur yang mensyirikkan Allah
  2. Sediakan 1 baldi air (mengikut keluasan dalaman rumah)
  3. Campurkan garam,daun pandan 14 helai @ limau purut 14 biji dan  minyak kasturi tadi
  4. Masukkan air yang di campur tadi ke dalam botol semburan.
  5. Buka pintu , tingkap dan almari
  6. Pasang cd ruqyahsehingga selesai kemudian azan sekali di tengah rumah
  7. Sembur di setiap ruang rumah ketika menyembur baca ayat kursi berulang-ulang sehingga selesai
# Cd ruqyah boleh didapati di pusat rawatan islam darul ruqiyyah atau kedai-kedai yang berhampiran

Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment