Google+ Followers

Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 26 October 2011

Tak Jeles Ker?

Aku tak terkejut kalau ada org yg bertanya :

Orang:  Tak jeles ker tgk org tu dpt baby?
Aku plak: Tak pun ( sambil tersenyum)
Orang: Sikit pun tak? Takkan la tak terase langsung?
Aku plak: Kenapa nak rase mcm tu.. kan dah rezeki dia, rezeki kita lom sampai.. 
** start mood malas nak layan **

"Ya Allah, sesungguhnya aku percaya akan tiba rezeki itu utk aku, jika masih di langit turunkanlah, jika masih di dalam bumi keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah.."

(sedutan doa Solat Dhuha)

Saturday, 22 October 2011

Tahniah Melor Roslan!

Seorang lagi TTC-ian telah menerima berita gembira.. walaupun aku agak ketinggalan nk post psl beliau tp, aku post jugak sbb sgt gembira utk dirinya (maaf jika ayat agak berterabur kerana masalah kesihatan yg sedang aku alami)

Tahniah Melor Roslan aka Orang Kecil, semoga dipermudahkan sehingga selamat bersalin nnt..

** Jgn pernah berhenti berharap =))) **

Thursday, 13 October 2011

Masalahnyer....

Bg rakan2 TTC, nampak 2 line masa buat UPT adalah kegembiraan yg dinanti2kan tp aku? Entahlah.. tak tahu nak rasa apa.. Sebaik nampak 2 line jer, aku mesti terkedu.. tiada lagi kegembiraan seperti masa kali pertama dan kedua conceive.. Yg ada hanyalah pelbagai soalan yg sarat bertakung di dalam kepala otak ni.. 


Semalam appointment di HUKM, aku dpt Doc V pulak. So sajelah aku bertanyakan mcm2 hal berkaitan penjagaan pregnancy kalau aku pregnant. Bila aku cakap, aku nk cuti tanpa gaji, nak rehat, Doc V kata rugi, sbb sekiranya masalah aku adalah 'cardio' baby, jadi apa yg aku buat seperti tak bermakna apa2 buat baby.


Kalau kita dapat normal pregnancy, usia janin 6 -7 minggu da bleh nmpk heartbeat atau filter heart.. tapi aku, smpi sudah2 tak nampak. lalu janin pun gugur (tak hidup).. 


Sebelum aku balik, Doc V doakan aku murah rezeki dan banyakkan solat hajat.. InsyaAllah, itulah jalan terbaik utk kami lakukan...

Wednesday, 12 October 2011

1st Time Join GA

Semalam elok lepas DH bertolak outstation, suhu badan ni jadi tak menentu plak dan simptom2 demam sesemer itu semakin ketara.. Kepala semakin memberat dan entah berapa kali aku bersin semasa mesyuarat.. Dalam sesebuk nk demam tu sempat lagi tu berblogwalking , jenguk2 blog rakan2 mana tau ada khabar gembira ingin mereka share dgn kami2 ni..


Jalan2 smpila jupe Orang Kecil buat GA..Sbb excited jupa GA dan excited nk join buat kali pertama, bersin2 pn dpt la mengarang sebaris dua ayat utk Pn. Melor kita tu.. So sape2 nk join sambil eratkan silaturrahim, leh klik sini ---> http://diarimelur.blogspot.com/2011/10/saya-buat-ga.html?zx=e02243171af1d951


Balik keje smlm terus aku drive g klinik dan dpt MC utk arini.. Jadi marilah kita tdo......ZzzZzzZzz...

Monday, 10 October 2011

Berdebar Menanti Cik P

This month Cik P x dtg lagi.. This month merupakan 2nd period aku lepas keguguran pada bulan Julai lalu. Jika period cycle aku masih normal 28 hari, patut aku akan period pada 2 Oktober ni. Tapi yg ditunggu tak kunjung jua...

Anyway tanda2 nk period tu dah ada seminggu sebelum tarikh yg dijangka period cuma tak terasa sgt dan tanda tu datang satu persatu.. Skang da lewat 8 hari (hmm boleh ker consider lewat???) tanda2 tu semakin ketara.. Ini sedikit info utk kwn2 yg belum pernah merasai conceiving lagi, tanda2 ni ada samada kita mahu period atau kita sedang mengandung cthnya:

- kuat makan
- pening, migrain
- sakit perut
- sakit pinggang
- breast bengkak
- mengantuk, penat
- moody

Jadi, kalau yg menghadapi masalah mcm aku ni, mmg kene cpt2 g jupe gynea sekiranya tahu pregnant. Gynea akan cuba ape yg terbaik utk sustainkan pregnancy tu.. 

Hmm skang ni mcm betul2 suspen dan DH pn dah tak ckp2 dah psl planning actions sekiranya aku pregnen...... Hmmm ni mcm harapan ker? Anyway, aku rase aku tak ready utk pregnen lagi since trauma itu masih ada.. Tapi kalau dah ada 'isi' kene cargas lah dan buat immediate preparation mental and physical.. maybe to face another failure..

"Ya Allah, Jgnlah kau tinggalkan aku seorang diri di dunia ini tanpa zuriat, kerana Engkaulah sebaik2 yang mewarisi (pemberi zuriat)"

amin ya rabbal a'lamin


Friday, 7 October 2011

Tahniah Mawi dan Ekin - Hamil 4 Bulan

Hari tu, tgk godek2 FB tetibe ternampak post daripada Oh Media mengenai Ekin Mawi yang sedang mengandung 4 Bulan.. Tak silap aku masa Ekin pregnant 2 bulan dah kua statement Mawi kt newspaper.. Alhamdulillah kali ni kandungan Ekin survive dah melepasi trimester pertama. buat yg tak tahu Ekin pernah keguguran 2 kali.


menurut Oh Media, sebaik Mawi tahu Ekin pregnant, dia terus hantar bininya balik kg dan tak benarkan bininya tu utk buat sebarang kerja.. Hm itulah sebaiknya kan.. Doc klinik panel aku pun advise aku mcm tu jugak, siap suh aku benti keje .. Aiyakkk tu susah sikit utk dipertimbangkan kot sbb DH bukannya gaji besar.. Nak buat treatment kesuburan pun dah mahal.. Tp doc tu mcm tau2 jer apa aku tgk pk dan dia kate leh amik cuti tanpa gaji huhuhuhu...


Eh da terkeluar topik ni.. So back to Mawi dan Ekin, tahniah buat kalian. Dan rakan TTC yg lain, jgn berhenti berharap okey ;)

Monday, 3 October 2011

H.O.L.I.D.A.Y part 2

2nd day di Kuala Lumpur, aku ajak DH g Aquaria.. da bertahun tempat ni dibuka tp x pernah smpi lagi.. Since org kata tgk ikan2 di akuarium ni leh tenangkan diri. Jadi, mari kita pergi tgk ikan kat akuarium besar punyer!!!

Yes, i felt so relief... Lepak kat sit yg disediakan tgk ikan, penyu berenang2, tgk ikan feeding. 3 kali ktrg pusing kat elevator akuarium besar tu... Hahaha, DH layankan jer dan ckp aku mcm budak2 dan suh aku join bdk2 tadika yg bersepah2 kt dlm tu since it was Saturday kan..

Terdetik gak di hati aku 'DH kesian kt aku ker? atau dia betol2 amik ckp Dr Ng yg mintax aku relax dan jgn too anxiety.. baguslah camtu.. '... Sejak aku gugur kali ke-4 ni DH nmpk lebih tenang dan selalu bacakan ayat2 suci al-Quran utk aku sebelum die hembus kt ubun2 aku nih.. Dia tahu aku lemah dn perlukan sokongan dia sgt2.. Syukur alhamdulillah, aku redha akan ujianMu ya Allah dan inikah ganjarannya?

Petikan lagu Siti Nurhaliza

"Kurela biar betapa pedih pun tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia2 aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti.."





beli fridge magnet as souvenier hihihi

H.O.L.I.D.A.Y part 1

Since aku ada vouchers Orient Rewards (OR)yg berlambak2 yg akan expired pd Sept 2011 dan 1 pun lom digunakan tu, so aku decide utk gunakan jugak 1 drpd voucher tu at least xder la rase aku membazir giless.. (sedapkan hati sendrik ni  =.=") Memula nk gunala 2 vouchers Complimentary Nights tu tp byk plak songeh diorg ni siap nk surcaj itu la inilah.. Eee mmg menyesal la beli kat diorg ni. tp salah aku gak yg setuju sbb budak nk tlg budak yg call dan promote bende alah ni utk naik pangkat... Naseb baek DH x membebel panjang..


DH: Org masa nk menjual mmg la mulut manis, lepas tu servis cam haram. Dah lepas ni jgn nk gatal2 beli lagi bende mcm ni..

SKB: sengih cam kerang masam ;ppp

So, last friday dpt la book Hotel Impiana kat ngn KLCC tu.. So aku pun plan la ala2 holiday dlm KL gituw.. siap Friday tu amik cuti lagik. Nak kasi badan relax, then ptg tu g spa utk mantapkan apa yg ptt supaya mlm kang bila DH blk dr outstation dia dpt layanan yg sebaiknya ;)


Nak jadik cerita, adik aku plak mintak tlg copkan sijil2 dia dan bwk die ke MARA lps dia blk kerja. So aku pun cek in la dulu. Dah OR lak book kan aku bilik yg diupgrade dan aku x bwk la voucher tu. Damn.. mmg bodoh la customer service diorg nih. So aku janji ngn minah counter tu utk bg jugak pd hari itu. Bila bwk adik ke MARA kene tunggu la plak utk pegawai tu semak terus borang dia complete or x.. Another damn coz time is ticking fast and fast.. Its 4.30 dan aku rush blk rumah utk amik the extra voucher. Smpi rumah jam 5pm and every road da pack.. 


Aku smpi spa dekat jam 6ptg and DH sounded bengang sbb die da grk blk Kl and will reach KL around 7.30pm. DH tau spa aku dlm 2 jam dan dia x nk g hotel dulu. Uwaaa x seronoknya.. kelam kabut aku jadiknya. Perasaan da serba salah. G spa pun dah x enjoy. Masa kt spa pun berbunyik2 mesej.. Hmmmmm.....~


Abis spa, aku terus g jupe DH kt bawah dan dia hadapkan aku ngn muka mencuka tuhh dan terus ajak aku blah xnk dinner and keep on nagging. Sedihnya aku.... pdhal mcm2 aku plan mlm tu utk dia tp sbb masalah sikit camtu, DH mcm xleh terima thing out of my control.. Mmg sakit sgt rase.. 


Hotel ni plak tgh renovate, so ktrg parking di bwh Aquaria dan shuttle akan dtg pikap.. very the leceh sbb tu DH malas nk g hotel dulu. Smpi bilik, aku suh dia mandi dulu n try ask him place to dine tonite. DH da ok bila aku explain all adn talk nicely sweet gituw kot hehe. So ktrg jln ke KLCC utk dinner, sweet lak rase jln memalama gitu sambil berpegangan tgn....