Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 18 August 2011

Di sinilah tempatnya..

Setelah membaca blog rakan2 yang sekapal denganku, ingin sekali rasanya aku menjadi sebahagian daripada mereka.. Jika sebelum ini, aku bersendirian memendam perasaan yang tiada siapa mampu memahaminya walau mereka berkata "sabarlah, aku tahu perasaan kau".. Ahh manakan sama apa yg mereka rasai kerana mereka tidak mempunyai masalah kesuburan sepertiku.. 

Jika sebelum ini aku bercerita kepada mereka itu, dgn bersungguh agar mereka memahami betapa peritnya ujian Allah SWT ini dan apa yg aku dpt hanyalah pandangan yg sukar dimengertikan dan simpati mungkin.. 

Jika sebelum ini aku merasakan sukar utk aku bercerita dgn DH, bimbang sekiranya hati dan perasaannya yang diam itu diusik. Jadi, setelah kufikirkan semasak2 mungkin...

Maka, di sinilah aku rasa tempat yg terbaik utk aku meluahkan segalanya.. Semoga aku beroleh ketenangan dan fikiran.. Semoga aku beroleh sebahagian semangat dan kekuatan daripada rakan2 TTC yang lain. Semoga aku beroleh kejayaan itu!