Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday 12 March 2012

Tips 'Memagar Rumah'

korang penah tak rase semacam jer kalu nk masuk rumah? ada dengar bunyi aneh2 jer bila waktu malam tp kita igt org umah atas yg buat.

bg aku seeloknya, ada atau tiada baik kita pagar rumah kita dgn ayat2 suci al-quran agar syaitan pun susah nk masuk uma kite. kalaunk hindar pencuri leh la psg pagar besi, kalau nk hindar jin & syaitan, inilah caranya. Ni aku copy dr blog DarulRuqyah yg diasaskan oleh Ustaz Suhaimi yg selalu dah kua tv tu. Moga berkesan dan kita dpt lindungi keturunan kita drpd gangguan makhluk halus.. tak byk pun sikit tu pasti.

Adakah Rumah anda mempunyai salah satu tanda-tanda di bawah??

1-kadang-kadang terdengar bunyi guli jatuh di dalam rumah
2-terdengar sesuatu benda jatuh dari bumbung.dan kebiasaannya perkara ini berlaku pada   waktu malam
3-bila masuk ke dalam rumah tidak rasa tenang dan apabila berada di luar rumah sebaliknya berlaku
4- keadaan rumah suram dan menyeramkan
5-terhidu bau bangkai atau sesuatu yang busuk dan tidak menjumpai puncanya

Tips Memagar Rumah


 A.Bacaan
     1. Baca Surah Yasin
     2. Al-Fatihah,Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-nas Sebanyak 7x
     3. Surah Yasin ayat 9     = 21x
     4. Surah al-a'raf ayat 17 = 21x

B. Bahan
      1. Garam
      2. Daun Pandan 14 Helai @ Limau Purut 14 Biji
      3. Minyak Kasturi (Putih @ Hitam)

C. Kaedah

  1. Pastikan rumah tersebut bebas daripada sebarang azimat, tangkal dan unsur-unsur yang mensyirikkan Allah
  2. Sediakan 1 baldi air (mengikut keluasan dalaman rumah)
  3. Campurkan garam,daun pandan 14 helai @ limau purut 14 biji dan  minyak kasturi tadi
  4. Masukkan air yang di campur tadi ke dalam botol semburan.
  5. Buka pintu , tingkap dan almari
  6. Pasang cd ruqyahsehingga selesai kemudian azan sekali di tengah rumah
  7. Sembur di setiap ruang rumah ketika menyembur baca ayat kursi berulang-ulang sehingga selesai
# Cd ruqyah boleh didapati di pusat rawatan islam darul ruqiyyah atau kedai-kedai yang berhampiran

Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com

Friday 2 March 2012

Tahniah 'Mahu Jadi Ibu'

Alhamdulillah kwn TTC sorang ni pun dah sampai rezeki dia.. Semoga Allah SWT merahmati mereka sehingga baby selamat dilahirkan.

Tahniah 'mahu jadi ibu'.. :)

Thursday 1 March 2012

Langkah 3: Treatment

Sebaik jupe Prof Zainul ms 6w preggie tu, Prof mintak aku admit dan aku pun akur. Segalanya aku serahkan pd perancangan Allah yang penting aku berusaha dan yakin. 

Sebaik masuk wad, Prof yang mengetuai wad tersebut minta aku diberikan rawatan Anti Phospolipid Syndrome (APS) kerana ada sekali ujian tu positif pada tahun 2010 walaupun ujian ke-2 yang dilakukan 3 bulan selepas itu negatif. Ujian APS yang Prof buat ms aku jupe die tu pun negative jugak. Tp die yakin dan positif utk berikan aku rawatan tu berdasarkan 1 daripada 3 tanda2 APS iaitu recurrent miscariage dan atas sbb keputusan ujian yang positif tu.

APS adalah penyakit berkaitan auto immune. Dari penerangan doc2 sini, apa yg aku phm APS ni menyebabkan keguguran sbb sistem immune bdn kita detect janin adalah suatu benda asing yg perlu dinyahkan drpd bdn kita. So, saluran darah yg halus2 tu pun senang membeku menyebabkan darah tak sampai kepada janin.

Untuk merawat APS ni, ubat pencair darah pun diberikan. Jika pregnancy dahulu aku dpt pil Aspirin tuk cairkan darah, tp kali ni doc tukar ubat tu kepada Cardiprin. tukar brand jer kot. So, Prof decide aku diberikan suntikan Herparin utk lebih cairkan darah, Proluton utk kuatkan rahim dan Pregnyl utk sbb yg sama gak kot. Suntikan Herparin ni perlu diberikan hari2 sampai 9 bln, manakala Proluton dan Pregnyl inject 2 kali seminggu smpi 16w di mana waktu tu mungkin Prof akan consider utk aku discharge. Fuhhh dekat 3 bulan kene dok wad T_T

Dok hospital gomen beselah, vitamin 3 serangkai tu selalu miss, ade yg kate perlu bg ade yg kate tak perlu. Entahlah tp sbb aku mmg byk stok Asid Folik, aku mkn sendrik jer kalu diorg x bg. Injection tu pun hampir2 termiss sbb da smpi tgh mlm br nk inject tu pun da x larat remindkan doc. So ubat2 yg aku amik sepanjang trimester pertama ni adalah:

Suntikan:
- Herparin
- Proluton
- Pregnyl

Pil:
* Cardiprin
* Vitamin

Tu belum masuk ubat sbb aku ada urine infection dan heartburn ms 12w.. Dan masa tu la br paham perasaan mak saat mak kate nk cuti daripada makan ubat2 Darah Tinggi dan Kencing Manis dia, sian mak. Mmg x lalu kalu tgk ubat byk2 nk kene telan hari2..

Masa da masuk 7w, prof minta house doctor lakukan scan utk lihat jantung baby which mmg aku sgt berdebar2 ms ni. Sbb inilah mulanya. Sebelum scan sempat solat hajat dan tepon DH minta sokongan moral. Masa nk panjat katil tu pun rase menggigil dan berdebar giler sampailah doc besarkan pic kat skrin dan tunjuk bende yg tenggelam timbul tenggelam timbul. Itulah dia jantung baby yg sedang berdenyut. Airmata ni da tak terbendung dah ni tp doc Nisa yg buat scan tu leh buat selamba badak jer. Yelah apehal dia nk sebok hal aku agaknya kan or mungkin die lom kawen or mungkin dia x phm perasaan org yg TTC mcm aku ni. Kebetulan doc Heri, assistant Prof ada dlm bilik tu terdgr kata2 doc Nisa. And he said 'Alhamdulillah' sambil senyum jer tgk aku hehehe.. 

Ptg tu lepas nangis2 tepon DH, aku minta blk cuti sbb weekend dan Doc Heri bagi pesanan :

# Elakkan tangga
# Jangan buat kerja especially yg berat, byk gunakan tenaga
# Banyakkan rehat, baring

dan itulah yg aku buat sampai 16w.....