Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday 17 September 2011

Kaedah Bayi Tabung Uji (IVF)

2 hari terasa mcm nak post sumthing tp kebizian dan kemalasan itu mengatasi hasrat hati ni nk berblogging.. Jadi blogwalking jerla and this one has caught my attention to share with others. Enjoy reading yah!
**************************************************
MW 869 14-21 Julai 2000

PAK BIDAN... OH PAK BIDAN
Oleh: Prof. Datuk Dr. Hamid Arshat
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan

Walau teknologi semakin moden namun penggunaan rahim wanita lain untuk dapatkan bayi tidak dibenarkan dalam Islam.

KAEDAH BAYI TABUNG UJI

DI KALANGAN pasangan yang mengalami ketidaksuburan atau kemandulan tentu sahaja telah berusaha dengan pelbagai kaedah rawatan bertujuan untuk memperolehi cahayamata.

Antara kaedah yang dilakukan ialah bayi tabung uji. Bagaimanapun, kaedah ini merupakan kaedah terakhir kerana terdapat banyak kaedah rawatan yang boleh menghasilkan kehamilan.

SOALAN: Siapakah yang sesuai untuk menjalani kaedah rawatan ini?
JAWAPAN: Kaedah ini sesuai untuk
1. Wanita yang mengalami saluran falopian tersumbat
2. Bagi mereka yang telah menjalani semua rawatan tetapi tiada sebab diketahui, (kemandulan tanpa sebab)
3. Di kalangan suami suami yang mempunyai masalah benih lemah atau kurang. Walaupun rawatan telah dilakukan, seperti menjalani suntikan hormon tetapi tidak berjaya.
4. Bagi wanita yang ada penyakit lain seperti endometriasis dan pembedahan akibat fabriod.

SOALAN: Apakah kaedah yang biasa dilakukan?
JAWAPAN: Kaedah pertama ialah kaedah GIFT, itupun dengan syarat saluran falopian wanita itu normal, atau untuk pasangan yang mengalami kemandulan tanpa sebab.
Kaedah kedua ialah secara IVF (Invitro fertilazation)

SOALAN: Apakah perbezaan antara kaedah GIFT dan IVF?
JAWAPAN: Ada perbezaan antara kedua kaedah rawatan ini. Dalam kaedah GIFT, telur dan benih suami diambil dan dicantumkan dan dimasukkan dalam saluran falopian sejurus selepas itu.
Kaedah IVF pula, ialah telur wanita diambil dari ovari dan benih suami dicantumkan di makmal. Proses tersebut dilakukan antara tempoh 2-3 hari. Kaedah begini memerlukan makmal kesuburan, kepakaran dan peralatan canggih dan ubat-ubatan yang mahal.

SOALAN: Bagaimanakah dari segi kos rawatan kaedah GIFT dan IVF ini?
JAWAPAN: Rawatan ini memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi iaitu antara RM8,000 hingga RM15,000. Kos yang disebutkan ini adalah untuk sekali rawatan.

SOALAN: Bagaimanakah pula dari segi peratus kejayaan rawatan ini?
JAWAPAN: Kos rawatan untuk kaedah ini memang tinggi, tetapi hasilnya tak boleh dikatakan seratus peratus. Dari segi purata, hanya antara 20-30 peratus sahaja. Memandangkan kos rawatan yang tinggi dan peratus kejayaan yang rendah inilah, kaedah rawatan sebegini merupakan kaedah rawatan mengatasi kemandulan ini merupakan pilihan terakhir.

SOALAN: Apakah kaedah rawatan bayi tabung uji ini dibenarkan dari segi undang-undang dan agama Islam?
JAWAPAN:Penggunaan rahim orang lain juga tidak dibenarkan. Sebagai contoh jika suami mempunyai benih dan isteri mempunyai telur tetapi tidak mempunyai rahim (sejak lahirnya begitu) pasangan tersebut dilarang untuk meminjam rahim orang lain, biarpun rahim adik beradik sendiri.
Walaupun dari segi teknologi ia boleh ia dilakukan, contohnya ia dilakukan di negara-negara barat. Namun undang-undang dan agama Islam tidak membenarkan perkara ini.

SOALAN: Apakah ada prosedur tambahan ketika melakukan kaedah rawatan bayi tabung uji?
JAWAPAN: Bagi pasangan suami mengalami benih lemah atau kurang, ada prosedur tambahan, iaitu proses menyuntik benih suami ke dalam benih wanita, ia dipanggil sebagai ICSI.
Langkah yang dilakukan dalam proses bayi tabung uji. Langkah pertama ialah bertujuan untuk merangsang kilang telur, supaya ovari dapat keluarkan banyak telur.

SOALAN: Bagaimana kaedah ini dilakukan?
JAWAPAN: Kaedah merangsang ovari dilakukan dengan tujuan supaya mengeluarkan banyak telur ialah dengan memberikan suntikan hormon dan ubat hormon diberi mulai dari hari haid pertama hingga hari haid ke enam.
Selepas itu proses mengawasi perkembangan telur dilakukan dengan menggunakan ultrasound menerusi faraj mulai sejurus selepas habis rawatan.

SOALAN: Apakah kepentingan mengawasi
JAWAPAN: Ia penting kerana melalui ultrasound jumlah telur boleh diukur saiznya. Ujian kedua pula dengan mengambil darah untuk menyukat hormon.
Ujian darah ini boleh mengesan perkembangan telur secara tidak langsung. Apabila sampai hari 12 atau 13 hari haid, telur bersaiz 2cm, suntikan ke atas telur dilakukan untuk mematangkan telur. Selepas itu telur dituai.

SOALAN: Bagaimana proses penuaian telur dilakukan?
JAWAPAN: Teropong laparoscopy digunakan. Pesakit dibius dahulu pada hari itu. Telur diambil dan dicampurkan dengan benih suami kemudian diproses di makmal.
Kemudian kedua-duanya dicampurkan dan ia dimasukkan balik dalam muncung saluran falopian dengan menggunakan kaedah laparoscopy supaya bersenyawa. Itu dalam GIFT.

SOALAN: Bagaimana pula dari segi proses penuaian untuk IVF?
JAWAPAN: Bagi kaedah IVF dan ICSI pula digunakan alat scanning vagina dan ada jarum masuk ke arah telur dan disedut telurnya satu persatu.
Langkah seterusnya dipanggil pemindahan embrio dalam rahim, embrio yang 2-3 hari disimpan, mungkin ada 8-16 sel embrio. Namun kita hanya masukkan 2 embrio masukkan ke dalam rahim melalui faraj. Diharapkan proses ini akan membolehkan wanita itu mengandung.

SOALAN: Bagaimana pula dengan embrio lain yang selebihnya, jika ada?
JAWAPAN: Embrio lain disimpan dan dibekukan dalam `special freezer'. Embrio ini boleh tahan beberapa tahun

SOALAN: Apakah menyimpan embrio dalam `special freezer' ini tidak menyalahi agama Islam dan undang-undang?
JAWAPAN: `Embrio freezing' dari segi agama dan undang- undang tak salah asalkan ia tak bercampur dengan pemilik lain-lain pasangan. Oleh kerana itu, proses perlabelan perlulah betul.

6 comments:

  1. ada dalam pertimbangan.. tp byk yg perlu diambil kira :)

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan dari chinta...terus follow awak tau...nanti2 jgn lupa update blog selalu ye...hehheh

    ReplyDelete
  3. salam chinta.. insyaAllah.. ada kesempatan saya, sy mesti update blog ni yeh =)

    thx follow blog sy.. semoga usaha2 kita diberkati dan dimakbulkan olehNya.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum dan selamat pagi dr,
    saya nk tny adaakh kos utk membuat ivf ini sangat mahal dan berapa lamakah proses utk membuat setelah mendaftar di hospital serta di manakah hospital yang murah utk membuat ivf ini? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam nak tanya klu nak tabung uji hospital yg mana bagus n kos tak tin ggi tlg blh bagi tau kah?

      Delete