Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday 23 September 2011

Berusaha Dengan Solat Sunat Dhuha

Aku nak share pasal Solat Dhuha.. Umum mengetahui solat sunat Dhuha adalah untuk memohon agar dimurahkan rezeki dan rezeki yg dtg kepada kita diberkati oleh Allah SWT.. Rezeki ni terlalu besar maknanya kan..


Sebelum2 ni, mmg dah tahu psl solat sunat ni, tp beselah pelbagai halangan dan alasan2 senantiasa ada. Sementelah waktu solat ni di antara jam 8.30pg - 11.00 pg. Lagi la payah nk buat.. bleh kata peak time masa tu. Sehinggalah satu hari ni aku beroleh sesuatu rasa yg ganjil selepas keguguran pada bulan Feb.. Itulah untungnya kita ni menjadi insan terpilih, yang selalu diduga, sbb dugaan itu akan mendekatkan kita pada-Nya kan.


Satu hari tu pada bulan April, aku tergerak untuk jadikan solat sunat Dhuha sebagai satu rutin. Selama ni asik tgk ketua aku jer buat, so mesti bos tak marah kan kalu aku pun guna 5 mnt utk solat sunat ni hehe.. Selepas berurut dgn Nek Mah, die urut lembut jer tp sedap, nnt aku ceritakan psl die, insyaAllah, bdn pun sudah sedap. Ditambah dgn EPO, alhamdulillah pd Bulan Mei aku, period aku terlewat =))))


Tak siapa sangka rezeki itu akan dtg secepat itu.. Jadi, mungkin korang pun bleh jadikan amalan dan rutin. jadikan ia sebagai salah satu usaha kita juga ok.

DOA SOLAT DHUHA:



“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh"

No comments:

Post a Comment