Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label HUKM. Show all posts
Showing posts with label HUKM. Show all posts

Thursday, 1 March 2012

Langkah 3: Treatment

Sebaik jupe Prof Zainul ms 6w preggie tu, Prof mintak aku admit dan aku pun akur. Segalanya aku serahkan pd perancangan Allah yang penting aku berusaha dan yakin. 

Sebaik masuk wad, Prof yang mengetuai wad tersebut minta aku diberikan rawatan Anti Phospolipid Syndrome (APS) kerana ada sekali ujian tu positif pada tahun 2010 walaupun ujian ke-2 yang dilakukan 3 bulan selepas itu negatif. Ujian APS yang Prof buat ms aku jupe die tu pun negative jugak. Tp die yakin dan positif utk berikan aku rawatan tu berdasarkan 1 daripada 3 tanda2 APS iaitu recurrent miscariage dan atas sbb keputusan ujian yang positif tu.

APS adalah penyakit berkaitan auto immune. Dari penerangan doc2 sini, apa yg aku phm APS ni menyebabkan keguguran sbb sistem immune bdn kita detect janin adalah suatu benda asing yg perlu dinyahkan drpd bdn kita. So, saluran darah yg halus2 tu pun senang membeku menyebabkan darah tak sampai kepada janin.

Untuk merawat APS ni, ubat pencair darah pun diberikan. Jika pregnancy dahulu aku dpt pil Aspirin tuk cairkan darah, tp kali ni doc tukar ubat tu kepada Cardiprin. tukar brand jer kot. So, Prof decide aku diberikan suntikan Herparin utk lebih cairkan darah, Proluton utk kuatkan rahim dan Pregnyl utk sbb yg sama gak kot. Suntikan Herparin ni perlu diberikan hari2 sampai 9 bln, manakala Proluton dan Pregnyl inject 2 kali seminggu smpi 16w di mana waktu tu mungkin Prof akan consider utk aku discharge. Fuhhh dekat 3 bulan kene dok wad T_T

Dok hospital gomen beselah, vitamin 3 serangkai tu selalu miss, ade yg kate perlu bg ade yg kate tak perlu. Entahlah tp sbb aku mmg byk stok Asid Folik, aku mkn sendrik jer kalu diorg x bg. Injection tu pun hampir2 termiss sbb da smpi tgh mlm br nk inject tu pun da x larat remindkan doc. So ubat2 yg aku amik sepanjang trimester pertama ni adalah:

Suntikan:
- Herparin
- Proluton
- Pregnyl

Pil:
* Cardiprin
* Vitamin

Tu belum masuk ubat sbb aku ada urine infection dan heartburn ms 12w.. Dan masa tu la br paham perasaan mak saat mak kate nk cuti daripada makan ubat2 Darah Tinggi dan Kencing Manis dia, sian mak. Mmg x lalu kalu tgk ubat byk2 nk kene telan hari2..

Masa da masuk 7w, prof minta house doctor lakukan scan utk lihat jantung baby which mmg aku sgt berdebar2 ms ni. Sbb inilah mulanya. Sebelum scan sempat solat hajat dan tepon DH minta sokongan moral. Masa nk panjat katil tu pun rase menggigil dan berdebar giler sampailah doc besarkan pic kat skrin dan tunjuk bende yg tenggelam timbul tenggelam timbul. Itulah dia jantung baby yg sedang berdenyut. Airmata ni da tak terbendung dah ni tp doc Nisa yg buat scan tu leh buat selamba badak jer. Yelah apehal dia nk sebok hal aku agaknya kan or mungkin die lom kawen or mungkin dia x phm perasaan org yg TTC mcm aku ni. Kebetulan doc Heri, assistant Prof ada dlm bilik tu terdgr kata2 doc Nisa. And he said 'Alhamdulillah' sambil senyum jer tgk aku hehehe.. 

Ptg tu lepas nangis2 tepon DH, aku minta blk cuti sbb weekend dan Doc Heri bagi pesanan :

# Elakkan tangga
# Jangan buat kerja especially yg berat, byk gunakan tenaga
# Banyakkan rehat, baring

dan itulah yg aku buat sampai 16w.....

Saturday, 4 February 2012

Langkah Ke-2 : Appointments

Alhamdulillah lepas buat Langkah Pertama tu, aku lekat uk kali ke-5 nyer.. sekejapan sgt. Syukur alhamdulillah. namun masa tu tuhan jer yg tahu ape dlm fikiran aku; kosong dan buntu sebuntu-buntunya. Tiada lagi warna2 pelangi sebagai background suasana masa tu. Lepas buat UPT pagi2 buta tu, aku terus baring sambung tdo blk. Bila DH tya selamba jer aku jwb "Double lines..."

Esok pgnyer, DH tya sekali lagi to confirm dan aku masih statik. DH berjaya berikan semangat sikit pd aku lalu aku pun dpt la plan apa yg perlu aku lakukan selepas tu. Kalu tak, kepala ni rase nk pecah bercelaru sgt. Aku tunggu lagi 2 hari sebelum confirmkan pregnancy di klinik panel, lepas confirm besoknya aku terus buat appointment di O&G HUKM. Hati ni masih lg berbaik sangka dgn klinik gomen tu, tmbh pula bila igtkan plan Dr. Ng sebelum kami buat DNA Test dulu.

Selang 2 hari, aku pun g lah klinik terebut dan Dr pd hari tersebut adalah Dr wanita bukan Dr. Ng (standard la kan). Dr tu pun confimkan pregnancy aku dgn UPT dan scan. 2 kali scan pd hari tu. Scan di bilik scan dan scan oleh Dr sendrik di bilik ICU. Dr confirmkan janin br 4w++ dan hya berikan vitamin 3 serangkai, Duphaston utk kuatkan rahim dan tukar brand aspirin kepada Cardiprin utk cairkan darah.

Bila aku tya mcm mane dgn suntikan Herparin yg diplankan oleh Dr. Ng sebelum ni, Dr wanita tu ckp die perlu rujuk kpd Prof dia di belakang sebentar. Sebaik Dr tu muncul, dia minta maaf dan kata prof dia x setuju utk berikan suntikan tu dulu sehingga janin 8w sbb penyakit / punca aku recurrent miscarriage masih blum diketahui plus keputusan DNA tu pun lom keluar. Aku ckp semua ubat tu ku da amik since 3rd pregnancy takkan masih nak gunakan kaedah yg sama? Tunggu hingga 8w utk next action da terlalu lmbt!
Dr wanita tu hya mampu suh aku bersabar dan bykkan solat hajat.....

Blk dr klinik gomen tu, aku terus kol klinik pakar HUKm utk set appointment dgn Prof Zainul Rashid.  Alhamdulillah urusanku dipermudahkan, tak perlu tunggu smpi 3 bulan, nekt weeknya aku dpt booking. DH terpaksa outstation seminggu dan aku pun mohon ler cuti rehat sbb tak mampu nk drive. Rase bdn lemah lgpun saje dgr ckp2 org kata jgn drive sbb tu pun dikira berat utk org mcm aku huhuhu.. Jadinya, hari Rabu tu aku pun g lah ditemani oleh kakak ku ke Tkt 7 di mana klinik tu terletak. Lama gak tunggu mcm kat UMRA gak almost 2jam tp berbaloi. Prof. Zainul bermisai lebat lembut orgnya tp tegas. Lps scan prof kate janin nmpk kecik sgt walau dah 5w +, hm kcutnya hati dgr tp Prof very positif. Dgn prof aku citer semua yg telah aku jalani sepanjang aku TTSP dan prof agak pissed off dgn beberapa jawapan yg Dr2 HUKM telah berikan kepada aku spt mcm mn they handle my feeling abt risk of losing my 3rd pregnancy, psl ubat melalui injection, psl treatment last week dan mintak nama2 Dr terbabit. Aku just jwb aku x igt jer sambil2 die godek info aku dlm database HUKM .. hmm yg tu hebat, guna database wooo senang nk cek..

Bila aku minta surat sokongan utk aku cuti tanpa gaji, Prof diam jap n mintak aku duduk wad dgn alasan nnt kat rumah aku tetap akan byk bergerak di mana die nk aku bykkan rehat, kurangkan bergerak agar O2 dan darah akan lebih tertumpu ke baby. Meanwhile, team medic die bleh pantau aku. Kakak aku pun terus bersetuju dgn Prof..Aduhhh ngerinya dgr kene dok spital smpi baby 4 bln plak tu.. Bila tgk aku 50-50, Pof bg jer surat kemasukan wad kat aku dan mintak aku masuk secepat mungkin, kalu bleh skang gak brg2 mintak famili bwkkan nnt. Issh prof ni, aku ckp kot ye pun sy nk tuunggu suami sy blk outstation esok lusa. Then he said ok tp jgn x masuk =)

Hari tu prof bg injection Pregnyl dan Proluton di mana injection ni setiap 2 minggu sekali. Dan buat BD utk Anti-Phospoliphid Syndrome sebelum inject. Lain2 BD die akn buat semasa di wad sbb aku tak perlu byr since guna GL. Seb baek masuk wad biasa leh la guna GL, kalu masuk wad private tu smpi 4 bulan?? Bankrap la makcik karipap @_@ . Hari tu total semua = RM350.

Blk ptg tu terus carik roti canai hehehehe...

Thursday, 13 October 2011

Masalahnyer....

Bg rakan2 TTC, nampak 2 line masa buat UPT adalah kegembiraan yg dinanti2kan tp aku? Entahlah.. tak tahu nak rasa apa.. Sebaik nampak 2 line jer, aku mesti terkedu.. tiada lagi kegembiraan seperti masa kali pertama dan kedua conceive.. Yg ada hanyalah pelbagai soalan yg sarat bertakung di dalam kepala otak ni.. 


Semalam appointment di HUKM, aku dpt Doc V pulak. So sajelah aku bertanyakan mcm2 hal berkaitan penjagaan pregnancy kalau aku pregnant. Bila aku cakap, aku nk cuti tanpa gaji, nak rehat, Doc V kata rugi, sbb sekiranya masalah aku adalah 'cardio' baby, jadi apa yg aku buat seperti tak bermakna apa2 buat baby.


Kalau kita dapat normal pregnancy, usia janin 6 -7 minggu da bleh nmpk heartbeat atau filter heart.. tapi aku, smpi sudah2 tak nampak. lalu janin pun gugur (tak hidup).. 


Sebelum aku balik, Doc V doakan aku murah rezeki dan banyakkan solat hajat.. InsyaAllah, itulah jalan terbaik utk kami lakukan...

Tuesday, 20 September 2011

Kemusykilan psl DNA Test..

Lepas buat DNA Test atau CVS minggu lepas, ada beberapa perkara yg mengganggu fikiran ni. Kalu ikutkan aku dah malas nk ulang alik di HUKM lg. Dan test tu akan menjadi BD yg terakhir utk aku. Tapi.... beberapa perkara mcm tak kene atau mereka ni tak selaras antara satu sama lain kot..

Masa aku masuk ICU sbb mis abortion, Doc P di ICU ckp CVS skang da tak perlu pakai janin. Kajian terbaru pada awal thn ni, DNA Test boleh pakai darah suami dan isteri. They are not sure about the cost since its been privated but it can be around RM400-500. Doc P guess lah.. So my appointment to discuss about the test was on 7 Sept.. Yeah tgk sebuk2 open house raya tu nk kene g spital plak..

7 Sept. 
i met Doc Ng.. wahh so lucky to get same doc thrice (sepanjang 2 thn di HUKM aku x pernah dpt jupe blk doc yg sama). Before that beselah kene 'tendang sana sini'.. Ikut appointment kene scan dulu, smpi bilik scan, doc in-charge kate x pyh. Naseb baik tak tunggu lama sgt sebelum aku decide utk bekfes dulu.

Jupe doc Ng ms aku bleeding on July. Aku dimasukkan wad utk D&C lps check up dgn Doc P di ICU tp dia as doc in-charge pulak x bg buat.. 'Let's put hope on this. If its meant to be, it will. If not, it will come down naturally'.. He said.

So jupe doc Ng, and he read all the reviews and back to the same answers 'kita tak tahu apa puncanya'.. Aku dah muak dgn semua jawapan tu. Jawapan yg aku dah tahu. 

Aku: So apa lg yang u boleh buat? 
Doc: Kalau puan dpt tahu mengandung, terus cepat2 dtg sini kita akan bg herparin terus. tak perlu tunggu heart filter nmpk.
Aku: Kenapa nk tunggu nek pregnancy? Kenapa my previous pregnancy, u x buat terus?
Doc: Masa ur 4th, u dtg sekali and july coz of bleeding.
DH: Yalah, we went to private since u said u cant do nothing. Bg Duphaston n vitamins saja.
Aku: Yup, we went to private la bcoz my 3rd & 4th pregnancy. U noe or not, as soon as i noe i pregnant i terus dtg sini tp u all tak buat apa2. Keep giving me the same medicine. Now u said wait my 5th to give herparin pulak. (Sedihnya aku Tuhan jer yg tahu.. nak nangis sgt masa ni)
Doc: Ada org smpi 9 kali gugur. Smpi kita tahan di wad utk pantau. 
Aku: How about the DNA test? Doc P said we will hv some briefing abt it today.

Doc tu bleh senyum n start explain kat aku psl CVS tu apa. Tu pun kajian lama. Hm x phm soalan la pulak. Takkan nk suh aku risikokan 5th baby to do the test. Bengong. Bila aku explain apa yg Doc P ckp and insist nk buat, baru dia p checking dgn Prof dia then set appointment aku pada 13 Sept. wohaa~~ Doc Ng ckp kos x tahu sbb darah akan dihantar ke Pusat Darah Negara. Sebelum gerak, Doc Ng sempat pesan 'Puan jgn anxiety sgt, jgn stress, sekarang sudah stress mcm mana mahu mengandung. Buat masa ni relax dulu ok. Smpi sudah boleh menerima.." Ayat Doc terhenti di situ.. Hm muka aku nmpk mcm aku x bleh terima kenyataan ker? Mmg la aku stress kalu dpt Doc ala2 sengal cam td tu.. 

11 Sept.
Doc Ng kol dia mintak butir2 ibubapa kami dan turutan adik beradik. Bila aku cakap belah suami aku x pasti sbb ada abg dan kakak yg telah meninggal dunia. Dia kata pembantu dia akan kol semula.

12 Sept.
Seorang Doc pelatih kol aku nama dia Doc S. Dia minta nama ibu ayah kami dan no ic. Aku terus tya dia kos berkenaan utk aku decide br aku decide nak buat atau tidak. Yelah buatnya harga sampai ribu riban mn nk cekau $$$ tambah2 musim raya ni. So, doc S maklumkan kos ni berharga RM100 jadi aku pn setuju tp dalam hati ada gak terdetik 'Eh, murahnya. Kalau aku gugle, mau dekat USD200' Tp itu kt UK lah..

13 Sept.
Lepas dpt GL, nurse mintak kami copkan borang test tu spt prosedur biasa nk buat BD (blood test). Lepas cop, kaunter terus minta aku g Makmal C 'xpayah byr sbb ada GL' kater die. Haih terpinga2 aku jap.

Odw balik dlm kete baru aku sorekan kemusyikilan aku pd DH.  Dia pun pelik gak. Kenapa murah sgt test ni? Entah2 test biasa jer yg dibuatnya.. Ms odw g kami masing2 bertelagah psl apa yg Dr. Ng terangkan pd kami minggu lepas pasal prosedur ni.

Apa2 pun kami bertawakallah jerlah.. Kalau masih belum temui puncanya, maka kami akan concentrate cara tradisonal dan perubatan Islam pulak..