Alhamdulillah rasenyer da sebulan tak muntah2 dah walaupun rase loya2 tu masih ada dan bunyiknyer amatlah buruk sekali sbb kuat sgt.. Sbbnye bunyik kuat tu mungkin sbb aku nak menahan drpd muntah jd mcm meneran sikit la kat tekak ni katup bg rapat..
Start rase nk loya dan muntah ni besenyer bila kandungan masuk 8w ke atas. Endingnya plak tgk tuan punya badan. Ade org masuk jer 16w da ilang terus, ade org ilang kejap2 pastu muntah blk. Ada org yg langsung tak rase paper steady jek.. tu pun kira rezeki masing-masing jugak.
Kalu ikut petua dan kata2 org lama, eloklah kalau kita muntah2 itu menandakan baby kita sehat dan kuat. Ramai org ckp gak, muntah ni bleh legakan rase berat kat dada tu, sbb gas da naik ke atas dan leh legakan pening2. Jadi kalau nk sedapkan diri yg penat muntah tu, just pk baby kita sehat dan kuat yer. Rase pening tu pun hilang tp kejap jer rasenyer pastu pening blk huhuhu....
Ada beberapa petua utk hilangkan rasa nk muntah tp aku x berani nak cube takut tak sesuai dgn badan, cthnya ade kate mkn asam, mkn nenas, etc. Yang paling senangnyer, muntah jer tak yah tahan2 buat tambah sakit kepala jer.. Lepas muntah tdo lah hehehe..
Berbalik pd kata yg muntah tu menunjukkan baby kita kuat kan, sbb tu la kot aku rase baby ni sejak 3 4 minggu ni asik tendang2 kuat2 jer. Tendangan si dia tu leh rase smpi ke tulang belakang n buatkan aku rase mcm nk buang air besar. Aktif plak time tgh2 malam kan, mmg tak kasi bonda dia tdo la tuu.... ZzZzzZzz
p/s: Menaip dgn mate kuyu niee..
Showing posts with label Second Trimester. Show all posts

Friday, 10 February 2012
Tuesday, 17 January 2012
Praeklampsia - Bakal ibu patut tahu
Apa itu praeklampsia?
Praeklampsia ialah keadaan yang dicetuskan oleh kehamilan, dan ianya boleh berlaku pada peringkat kedua kehamilan. Ia bercirikan tekanan darah yang tinggi,bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang cepat disebabkan pengumpulan air dalam tubuh, dan protein dalam air kencing.
Praeklampsia meliputi yang ringan juga yang paling teruk dan boleh menjejaskan beberapa sistem dalam badan. Walaupun tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya sama sekali semasa kehamilan, praeklampsia boleh dikawal.
Oleh kerana ia mengurangkan aliran darah ke plasenta, praeklampsia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda. Ia boleh menyekat tumbesaran bayi sebab oksigen atau nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi. Jika anda mempunyai sebarang sebab untuk mensyakki yang anda menghidap praeklampsia, hubungilah doktor anda dengan segera.
Jika praeklampsia melarat menjadi eklampsia, tekanan darah anda akan menjadi sangat tinggi dan anda beserta bayi anda menghadapi risiko yang serius. Eklampsia boleh menyebabkan sawan atau konvulsi, yang boleh melarat menjadi koma dan meragut nyawa. Sekiranya eklampsia berlaku, ianya lazim terjadi di peringkat akhir kehamilan atau selepas bayi dilahirkan.

Adakah sesetengah wanita lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia?
Praeklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 wanita yang hamil. Eklampsia pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan praeklampsia akan mendapatnya. Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bayi dilahirkan.
Penyebab praeklampsia sebenar tidak diketahui tetapi beberapa faktor risiko telah dikenal pasti. Anda lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia jika ini merupakan kehamilan pertama anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang sebelumnya.
Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda:
• berumur 40 tahun atau lebih;
• tersangat gemuk semasa anda menjadi hamil, iaitu dengan BMI 35 atau lebih.
• mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah anda, termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus, masalah ginjal, atau diabetes;
• mengandung kembar or berganda;
• mempunyai sejarah praeklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak yang mengalaminya;
• telah mengalaminya sebelum ini – satu dalam lima orang wanita akan mendapatnya kembali.

Bagimana saya boleh mencegahnya?
Tiada cara yang pasti untuk mencegah praeklampsia. Tetapi, cara yang terbaik untuk memastikan yang anda atau bayi anda tidak terancam ialah dengan berjumpa doktor anda secara kerap untuk temujanji antenatal anda. Sebabnya ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dijalankan oleh doktor atau jururawat semasa anda hadir untuk temujanji antenatal anda, adalah untuk mengesan tanda-tanda awal praeklampsia.
Terdapat bukti bahawa aspirin biasa dos rendah dan suplemen calcium sebelum dan semasa awal kehamilan boleh mencegah praeklampsia dalam sesetengah wanita. Berbincanglah dengan doktor jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan ini.

Sekiranya saya mendapat praeklampsia, bagaimanakah rawatannya?
Jika tekanan darah anda naik secara sederhana, anda akan dinasihatkan untuk mendapatkan seberapa banyak rehat yang boleh, dan caranya ialah dengan berbaring di sisi kiri anda sebab ini akan membantu aliran darah ke plasenta, atau dengan duduk dalam posisi tegak. Anda mungkin diminta pergi ke pejabat doktor setiap hari untuk memeriksa tekanan darah anda.
Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan dimasukkan ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau. Imbasan akan digunakan untuk mengesan tumbesaran bayi anda dan alat CTG (cardiotocograph) akan digunakan untuk memeriksa kadar denyutan jantung bayi anda dan kesihatannya secara umum. Tujuannya ialah untuk meneruskan kehamilan anda seberapa lama yang boleh, untuk memberi peluang yang sebaik-baiknya kepada bayi anda.
Anda juga akan diberikan suntikan magnesium sulfat. Satu kajian penyelidikan yang besar yang diterbitkan pada tahun 2002 mendapati bahawa jika ibu yang mempunyai praeklampsia diberikan magnesium sulfat, risikonya mendapat eklampsia dikurangkan hingga separuh.
Sekiranya tekanan darah anda tidak dapat dikawal, pakar obstetrik akan mencadangkan supaya anda menjalani cetusan kelahiran atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean.
Praeklampsia akan pulih dengan sendirinya setelah anda melahirkan bayi. Tetapi, anda masih berisiko praeklampsia sehingga empat minggu selepas bayi anda dilahirkan, terutamanya jika praeklampsia anda itu teruk atau didiagnos apabila kehamilan anda sudah mencapai minggu ke-37 atau lebih.

Apakah petanda amaran bagi praeklampsia?
Ada kalanya praeklampsia akan maju dengan pantas. Sekiranya anda berada dalam peringkat kedua kehamilan anda atau di minggu-minggu pertama selepas kelahiran, jangan teragak-agak untuk memanggil doktor anda jika anda mempunyai salah satu daripada simptom yang berikut:
• muka, tangan atau kaki anda bengkak dengan tiba-tiba;
• sakit kepala yang akut diikuti dengan penglihatan yang kabur;
• sakit yang tersangat teruk di bahagian atas abdomen anda;
• muntah.
Pengesanan dan rawatan awal boleh menentukan secara signifikan bagaimana praeklampsia itu berkembang kelak.

Bolehkah praeklampsia menyebabkan komplikasi lain?
Kadangkala, tetapi jarang berlaku, ia boleh membawa komplikasi seperti sindrom HELLP, yang merupakan gangguan fungsi hati dan pembekuan darah. HELPP bermaksud seperti berikut - haemolysis (H - pemecahan sel darah merah), enzim hati meningkat (EL - elevated liver enzymes) dan bilangan platelet yang rendah (LP -low platelet). Ia boleh berlaku sebelum praeklampsia dapat dikesan dan didiagnos. Simptom HELLP termasuklah sakit kepala, terasa loya dan sakit di bahagian atas abdomen.
Monday, 16 January 2012
First Kick Untuk Baba~
Jika sebelum ni aku hanya merasakan denyut2an halus jer di perut yg comel ni, skang denyutan2 tu semakin kuat dan jelas.. 'Duk'.. 'Duk Duk Duk' kalau die tendang. Alhamdulillah, rase nk menitis airmata ni. Biasanya pun denyutan tu terase jika aku berehat, relax, menyandar di kerusi atau baring. Sekarang tgh buat kerja opis pun terase die bergerak2.. Seperti ombak. Rase nk ketawa pun ada sbb kadang2 tu aku rase seperti digeletek.. Subhanallah besar rahmatMu ya Allah, sukar nk gambarkan perasaan ini..
Aku perasan baby start tendang kuat hari Khamis lepas, masa nk tdur biasanya aku ajak baby bace ayat kursi dan 3 qul sambil tgn letak di perut, mengusap2 dia. Elok abis baca, baby terus gerak2 dan tendang kuat2.. Terus aku panggil DH untuk letak tgn die kat perut, DH pun rase 'Duk Duk' "Ei kuatnya tendang bonda" kate DH.. Lepas tu kami ketawa sama2.. Syukur ya Allah, indahnya saat itu. So, esok2 pun DH dpt rase baby tendang lagi dan selepas ni tu, DH pun gunakan baby jerla utk balas dendam kat bonda ni.. Sikit2 ngadu ngn baby n suh baby tendang bonda.. Jaat huhuhu...

Thursday, 12 January 2012
Pergerakan Bayi Anda Semasa Kehamilan
Bilakah pertama kali saya merasakan pergerakan bayi saya?
Sensasi pergerakan lemah lembut bayi yang dirasai pada peringkat awal kehamilan merupakan satu saat yang amat penting bagi anda. Dan apabila pergerakan lemah ini berubah menjadi tendangan-tendangan kuat, anda akan pasti bahawa kehamilan anda berkembang dengan sempurna.
Jika anda sedang hamil buat kali pertama, anda mungkin tidak akan menyedari bila masanya bayi anda mula bergerak, sebab anda belum pernah mengalami sensasi pergerakan tersebut – sebenarnya, ramai wanita menyatakan bahawa pergerakan awal itu menyerupai denyutan yang lembut dan halus.
Bagi kehamilan pertama, anda mungkin mula menyedari pergerakan ini antara minggu ke-18 dan minggu ke-20. Bagi kehamilan seterusnya, di mana anda sudah dapat mengenali petanda tertentu, pergerakan ini akan disedari lebih awal lagi, iaitu antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.

Apakah yang bayi buat di dalam itu?
Sebaik saja pergerakan awal dirasai, yang dikatakan seakan-akan kupu-kupu mengibaskan sayap, anda akan mula sedar bahawa sensasi tersebut menjadi lebih kuat dan berlaku dengan lebih kerap. Semasa bayi anda sedang membesar, sensasi ini akan berubah dari semasa ke semasa sehinggakan anda mengalami tendangan dan pukulan yang semakin hebat apabila kehamilan anda semakin maju dan matang.
Bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa sebab, seperti kita juga, ada masa-masanya ia hanya mahu berehat dan tidur walaupun untuk 40 minit sahaja setiap kali. Tetapi, anda merasakan bahawa tempoh rehat bayi itu lebih panjang dari itu sebab anda tidak dapat merasa dan mengesan setiap pergerakan.
Untuk makluman anda, berikut diberikan sedikit panduan tentang apa yang akan berlaku kepada bayi anda semasa ia sedang membesar dalam kandungan.

Dari minggu ke-20 hingga ke-24
Aktiviti bayi anda akan bertambah perlahan-lahan dari minggu ke minggu. Pada minggu ke-20, dan selama 10 minggu berikutnya, bayi anda akan melalui perkembangan yang amat giat di mana ia akan banyak menendang dan berpusing-pusing.
Dari minggu ke-24 hingga ke-28
Bayi anda akan mula tersedu, dan inilah sebabnya anda kadang-kala mengalami pergerakan tersentak-sentak. Sak amnion (ketuban) anda pada masa ini mengandungi cecair sebanyak 750 ml (26 fl oz) yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Walaupun bayi telah lama dapat mendengar bunyi, baru sekarang anda mendapati bahawa bayi tersentak apabila mendengar bunyi-bunyian yang mengejutkan.
Pada minggu ke-29
Bayi anda akan mula membuat pergerakan jarak kecil yang lebih mantap, disebabkan ia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.
Pada minggu ke-32
Pergerakan bayi anda berkemuncak pada masa ini, dan pada minggu-minggu berikut anda akan mendapati bahawa kekerapan serta jenis pergerakan semakin bertambah disebabkan bayi anda terus membesar dan menjadi lebih kuat.
Dalam lingkungan minggu ke-36
Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama sebab otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasakan adalah pukulan tangan dan kaki bayi anda, dan bayi juga akan membuat tendangan kuat dan perit terhadap tulang rusuk anda.
Sekiranya kehamilan ini bukan yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh kelahiran yang dijangkakan.

Dari minggu ke-36 hingga ke-40
Badan bayi mula menjadi lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi itu menghisap jarinya dan sekiranya terlucut jari itu, anda akan merasakan pergerakan yang pantas dan perit disebabkan pergerakan kepala bayi dari kiri ke kanan dalam usahanya mencari dan mendapatkan jarinya kembali.
Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang.

Pergerakan dan posisi di peringkat akhir kehamilan
Pada minggu-minggu terakhir, bayi anda akan menetap dalam mangkuk pelvis anda, dan bersiap sedia untuk dilahirkan. (Sekiranya ini tidak berlaku, nasihat lanjut boleh diperolehi dari kami tentang bagaimana meletakkan bayi anda dalam posisi optimum untuk kelahiran). Kepala bayi anda terasa seakan-akan sebiji tembikai yang menekan kepada lantai pelvis dan membuatkan anda agak berhati-hati semasa hendak duduk.
Apabila kepala bayi menurun lagi ke dalam pelvis anda, anda akan terasa "ringan", disebabkan tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk anda tidak begitu kuat lagi.
Pada peringkat ini, anda tidak akan mengalami pergerakan yang dibuat oleh keseluruh badan bayi. Di sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, yang dipengaruhi oleh posisi bayi tersebut. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda.
Ada masa-masanya bayi anda akan diam berehat dan ada masa-masanya anda akan mengalami aktiviti bayi yang berlebihan, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring dan hendak tidur!

Berapakah tendangan yang patut saya rasakan dalam satu hari?
Semasa anda sedang sibuk, anda mungkin kurang menyedari pergerakan bayi anda. Anda akan lebih menyedari pergerakan ini semasa anda sedang duduk berehat.
Kajian aktiviti fetus menunjukkan bahawa pergerakan bayi semasa dalam rahim menunjukkan pola berjaga dan tidur yang berlainan – tiada jumlah tendangan yang boleh dianggarkan secara purata – namun begitu, setelah sampai ke peringkat akhir dalam kehamilan, anda mungkin sudah mengetahui dan boleh menentukan pola pergerakan bayi anda.

Saya tidak terasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang?
Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Sekiranya anda mahukan ketenangan fikiran, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak:
• Baring secara mengiring (dengan mengampu punggung) dan jangan bergerak.
• Angkat kaki ke atas dan relaks.
• Halakan bunyi musik ke perut anda.
Tidak lama dahulu, wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan fetus. Anda perlu merekod berapa kali pergerakan bayi berlaku sehingga anda mendapat jumlah 10 tendangan, seelok-eloknya pada masa yang sama setiap hari. Walau bagaimanapun, carta seperti ini telah menjadi kurang popular disebabkan penyimpanan rekod sedemikian mudah dilupai, dan juga didapati sukar untuk memadan dan mengimbangkan pola tendangan tersebut. Ini telah menyebabkan kebimbangan di kalangan wanita berkenaan yang tidak sepatutnya berlaku.
Sebaliknya, fahamilah pola gerakan bayi anda dalam waktu anda berjaga dan sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, hubungilah doktor anda dengan segera.

Semakan terakhir: Ogos 2009
Monday, 9 January 2012
Kaki Cramp!
First time kaki cramp, sakitnyer~~ Terjaga dari tdo sbb kaki kiri cramp smpi terangkat ke atas. Terkejut DH dgr aku merengek terus tya kenapa2 smbl pgg perut aku.. Aku lak rase sakit sgt smpi xleh bercakap, so tunjuk jerla tang kaki yg da terangkat ke atas tu.. Airmata da nk meleleh dah...
MasyaAllah, sakitnya smpi ke pinggang rase. Tak mcm cramp2 yg pernah rase sebelum ni. Bila cerita ngn famili diorg ckp bese la tu, nnt tdo tinggikan lg kaki.. member lak ckp nnt akan kerap berlaku dan bleh rase mcm kaki tu nk cramp.. Bila perut da besar lagi kerap dan sakit.
Aku ade survey kat tenet, katenyer kaki cramp ni sbb kurang kalsium ye ker? Tp aku minum jek susu hari2.. Kalau sesape ade tips, harap boleh share yer .. TQ =)

Friday, 6 January 2012
Berat Naik Mendadak!
Alhamdulillah hari ni usia kandungan ku da masuk 18w.. As usual setiap kali nk masuk week baru mest ade dugaannya.. Semalam seharian perot rase x selesa, menyucuk2 dengan kuat dan kerap.. Baring mengiring ke kiri pun masih rase, ke kanan pun terase sakitnya ya Allah. Hanya tuhan jer yg tahu dalam hati ni risaunyer mcm mane. Betul ker rase sakit ni sbb perot nk mengembang lagi atau sbb lain (hmm xnk sebuttt) Sebelum2 ni xder plak rase sakit ngilu camni, sakit betol sampai sms DH ngadu rase nk nangis x tahan.. Stresss!
Mujur DH pndi pujuk.. kate DH baby nk besar, so perlukan ruang yg besar sbb tu sakit. Sabar yer, cakap2 la ngn baby.. Hm elok chatting2 ngn DH baru rase nyut2 baby utk hari semalam, hilang rase sakit jap..
Bila smpi uma DH kate peyot da nmpk makin besar, jika sebelum ni breast yg nmpk dulu skang da nmpk perot dulu. Sejuk rase hati tp still DH kene urut lps aku mandi bg hilangkan stress td huhuhu..
As usual gak, aku akan timbang berat aku.. Terkejut plak aku nengok penimbang tu, las week timbang 57kg arini timbang da 58.3kg.. Agaknye sbb tu ker aku rase sakit sgt smlm? Sbb baby besar mendadak??
hm.. kalau ginilah gayenyer, mmg kene kontrol mkn la plak.. walaupun aku rase aku mkn dgn kuantiti yg sama sebelum ni...

Wednesday, 4 January 2012
First Day Masuk Opis Semula
Well, lepas hampir 3 bulan tak masuk opis, camne la gamaknye rupe meja aku kan? Dalam hati dok terpikir itu jer semasa dalam perjalanan ke opis. Oh mesti byk bende nk kene setel dan tetibe semangat bekerja dtg meluap-luap. Sampi opis, meja kelihatan spt biase jer dan.... tak berhabuk. Thx pd makcik cleaner opis ni, mmg terbaekkk!
Disebabkan semangat berkerja yg meluap2 td, pg2 da bukak FB dan blogwalking hahahaha~ Seronok tahu ramai gak kwn2 TTC yg da lekat. Tapi ramai juga yg masih belum dpt rezeki ni. Aku doakan masa korang akan smpi dlm waktu yg terdekat, Harap x perlu tunggu berhadapan dgn pengalaman mcm aku ni.
Ok back to work, ade a few kerja yg org lain buatkan tp suku jalan sbb bukan keje hakiki diorg kan (beselah tu, mcm ni nk multiktasking mcm SBPA ckpkn tu?). Baby lak mcm tahu2 jer bondanyer da start keje, baik jer x der rase nk meloya kt opis tp baby kurang berdenyut2 mcm bese.. denyut pun rase x kuat .. adakah sbb aku byk bergerak kt opis ni? hmmm...
Blk keje br rase penat sgt badan, rase loya makin menjadik2 lak.. So hubby terus suh bersiap g dinner sbb dia pun x larat nk masak. Balik dinner terus solat baring dan tunggu Dr. Hubby inject montot.. sambil aku terus hanyut... Penat sgt rase sampai terlupa nk rase denyut2 baby kt perut masa baring sebelum tdo =_="

Subscribe to:
Posts (Atom)