Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 9 November 2015

Pusat-pusat Rawatan Islam di Malaysia

Copypaste dari blog TRG535. Senarai pusat rawatan tersebut adalah hasil carian beliau di internet dan pengalaman beliau sendiri. Qaseh pun pernah berubat dengan ustaz dari 5 pusat rawatan yang disenaraikan. Ini salah satu usaha yang Qaseh jalani demi mendapat seorang anak.
----------------------------------------------------------------------

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
“Berubatlah wahai umat manusia; sesungguhnya tuhan yang menurunkan penyakit itu, Dia (jugalah) yang menurunkan ubat (baginya).”[ H.R. al-Qudhaa’i ]

Pusat Rawatan Darussyifa ( Dato' Dr. Haron Din) 
No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Telefon & Fax: 03-89250443 

Email: alsyifa@streamyx.com
http://www.darussyifa.org

Darussyifa Cawangan Kuala Terengganu
Lot 126, Kg Dusun,
Kuala Ibai,
20400 Kuala Terengganu.
Tel. Pejabat: 09-6662128
Ust Zainal: 019 - 9362510
Ketua Perawat: 013 - 9439642

Darussyifa Cawangan Setiu
Jalan Ulu Seladang,
Bandar Permaisuri,
22100 Setiu Terengganu
(Berhampiran SK Kg. Buloh)
Ust. Zamrie b. Ismail : 019 - 9530630 (Ketua perawat)
Ust. Zaini b. Said: 013 - 9030187

Darussyifa Cawangan Besut
Kampung Renek,
Jabi , Besut
Terangganu
Ustaz Mohd Hafizan Bin Alias :017-9429527
Ustaz Zainodin bin Ismail :019-9258556

** Lain-lain cawangan sila rujuk website pusat rawatan seperti yang tertera diatas.

Pusat Perubatan Islam Darussalam (Dato’ Ismail Kamus) 
Lot 4463, Lorong Penghulu,Gombak Setia,
53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-61881789
Fax : 03-61881796
http://www.darusssalam.net.my

Pusat Rawatan Al-Hidayah (Tuan Hj Lokman, Ashraf Muslim dan Zulhaidi Ahmad) 
No. 1, Jalan Bestari Indah,
Villa Bestari, Sungai Pusu
Gombak 53100 Kuala Lumpur
Tel: 03-6186 7368
http://www.alhidayah-medic.com

Al-Hidayah Cawangan Terengganu
964, Taman Desa Ibai Permai,
Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel: 019 986 1952 (Cikgu Syed Othman) 
** Lain-lain cawangan sila rujuk website pusat rawatan seperti yang tertera diatas. 


SINAR ZAMDURRANI (Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie) 
Pejabat/Gerai Produk dan Pejabat Urusan
No. 12-1, Jalan Dataran Vellodrom Cheras,
Cheras Bandar Tun Razak 56000 K.Lumpur
Tel :017-6499818 (En.Hasnor)
 017-6059383 (Pn. Jamaliah)
http://www.zamdurrani.dumei.com

Klinik Rawatan
No.69BM Jalan USJ 21/11,
UEP Subang Jaya Subang Jaya.
Tel: 017-6499818

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah ( Ustaz Suhaimi Rozali ) 
No 62A-2, Jalan SM 3A,
Sunway Batu Caves,
68100 Selangor
Tel: 03-61861525 (pejabat)
       019-2691525 (talian 1)
       019-3081525 (talian 2)
http://darulruqiyyah.blogspot.com

Pusat Rawatan Darul Manzil (Khairul Syakirin bin Abdul Wahab) 
No.16, PT5982,
Taman Intan Geliga Besar,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 019-9891078
        012-6763447
http://www.darulmanzil.blogspot.com/

Pusat Rawatan Terapi Al-Quran Darul Hikmah (Ustaz Malek Ladzim) 
No. 17 Taman Pulai Jaya, Km 5 Jalan Langgar
05460 Alor Setar, Kedah
Tel : 019-4715253
http://www.terapialquran.com

Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan (Ustaz Abdul Majid Hassan) 
Lot 2894 Lorong Beringin, Batu 17
48050 Kuang, Selangor
Tel: 017-364 6461
http://akrine.blogspot.com/

Pusat Tradisional Khairey (Ustaz Khairey Saudi) 
Lot 5657 Jalan Bangol
Simpang Empat
Taman Adabi
17500 Tanah Merah, Kelantan
Tel: 012-3603488
http://ustazkhaireysaudi.blogspot.com/

Pusat Rawatan Al-Syakirin (Ustaz Mohd Syakir Mohd Ezmi) 
Lot 195 A Lorong Halba
Kg Bakar Kapor
08000 Sg Petani, Kedah
Tel: 019-5661848

Pusat Rawatan Islam Manarah (Ustaz Dr Jahid Sidek) 
Lorong Beringin, Batu 17
48050 Kuang, Selangor
Tel: 019-384 5666
http://primanara.blogspot.com/

Pusat Rawatan Islam Gshahmisteri (Ustaz Azizi Misbah) 
No. 42 Jalan Ithnin Maarof
Taman Lian Seng
86000 Kluang, Johor
Tel : 016-749 5801
http://assunnah.fotopages.com

Pusat Rawatan Ahmadiah Terengganu 
Lot 3964, Jalan Intan,
Kg Balai Besar, 23000,
Dungun, Terengganu Darul Iman
Tel: 012-6896581 (Harnizam)
 019-2306808 (Nik Adnan)
http://www.pusatperubatanahmadiah.blogspot.com/
Email: pp.ahmadiah@gmail.com 
** Lain-lain cawangan sila rujuk pada blog pusat rawatan seperti yang tertera diatas

Pusat Rawatan Islam Nur As Syam Lot 3951 , Jalan Intan , Balai Besar ,
23000 Dungun , Terengganu ,
Terengganu Darul Iman.
Tel : 017-9313297 (Ust.Sham/Pengasas)
        019-9144210 (Ust.Ramlan/Ketua Perawat)
        013-9795919 (En.Zaidul)
        013-9994989 (En.Azam)
        013-4141898 (En.Adly)
        012-9975191 (En.Nazri)
http://prinass.blogspot.com

Al-Idrisiyyah Pusat Rawatan Islam 
Balai Maras,Jalan Maras,
Batu Rakit, Kuala Terengganu.
(Dibelakang Institut Perguruan Datuk Razali)
Tel :013-9517348
http://facebook.com/pusatrawatanislamalidrisiyyah

Rawatan Islam 'Illaj Rabbani
Kg.Tanjung Bunut,Manir,
21200 · Kuala Terengganu
Tel: 013-9606100
E-Mail: illajrabbani@gmail.com
          ustazpauzi1961@gmail.com

Pusat Rawatan Islam Dan Alternatif (Darul Azzikri Pusat) 

E-G-60B,Blok E
Jalan Cheras Prima 5A
Taman Cheras Prima
43000 Kajang Selangor
Tel: 019-6735320 (Sobri)
       019-9657827 (Hamza)h
E-Mail :darulazzikri@gmail.com
http://darul-azzikri.blogspot.com

RAWATAN TRADISIONAL SECARA ISLAM (Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid) 
No. 1932-C, Jalan Stadium,
05100 Bandaraya Alor Setar,
Kedah, Malaysia.
( Berhadapan Dengan Kompleks Kolam Renang MBAS )
Tepi Jalan Besar Jalan Stadium.
Tel : +6019-5424161.
Email : prist2u@yahoo.com.my
http://www.rawatan-islam.com

Ustaz Ismail A.M. Sidek 

No 11 Taman Seri Bayu
Jalan Besar,Paka,
23100 Dungun Terengganu
Tel: 09-8271214
       019-9223357
http://www.darunnur.webs.com
E-Mail :darunnur@yahoo.com

Rawatan Alternatif Islam, Terapi Bekam Thibbun Nabawi, Urut Refleksologi Dan Urut Tradisional 
No 66, Jalan Kasturi 3B,
Bandar Bukit Beruntung, BB8,
Rawang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 017-7170534 (Muallij Nasa)
Email : nassa1980@gmail.com
http://perawatsihir.blogspot.com

Pusat Rawatan Islam Syifa Ulhadi 
No.6A Tingkat 1
Jalan MJ/9
Taman Dato’ Harun
Taman Maju Jaya
46000 Petaling Jaya
Tel:03-77857646
      019-2611796
     010-2103004
www.syifauhadi.com
E-Mail:syifauhadi@yahoo.com 




Rawatan Tradisional Cara Islam Sedut Marifat  
No, 23, Jln Tenggiri 2, Tmn Mutiara, 
42800 Tanjong Sepat,Kuala Langat
Tel: 019-3719431 ( Hj Din) 
http://rawatantradisionalsedutmarifat.blogspot.com/


PUSAT RAWATAN TRADISONAL JAUHAR SYIFA’
No.16, Jalan SS19/1D, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Tel: 03-5634 9547 atau 016 - 9905551
www.jauharsyifa.my
Email: admin@jauharsyifa.my



PUSAT RAWATAN IKHTIAR PENAWAR AL-HIDAYAH
Hajjah Syarifah Halimah (Makku)
Lot 1916 Taman Limau Pengadang Baru
20050 Kuala Terengganu
Tel:019-9251792


PUSAT RAWATAN SINAR NUR (Dr. Mohamad Zaid )
Lot 8133 C, 
Tingkat Bawah Jalan Gong Badak
 21300 Kuala Terengganu Terengganu 
Tel : +609-96666698 
Fax : +609-96666698 
Hp : +6013-958 7059  
        +6017-977 7622 
www.pancaransinarnur.com 
info@pancaransinarnur.com 


PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM) 
No 11,Jalan Gapi 1B/11
Seksyen 1 Antara Gapi
48200 Serendah
Tel: 017-2830221 & 013-2009808  (En.Hasrol)
E-Mail: hasrul_kasturi@yahoo.com 



Dato' Hj. Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku) 
Rawatan Komplimentari Yashfien
No 8-1, Jalan 20C/146, Desa Tasik, 
Sungai Besi, 57000, Kuala Lumpur
Tel: 0132873304 & 0132893304
https://www.facebook.com/engkuansaruddin


Ustaz Wan Mansor 
Lokasi : Gong Badak,K.Terengganu (Berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud)
Tel: 0199508909


Haji Uzip@Othman Mohd
Lokasi :B99Kg.Kubang Durian,20050 Gelugur Kedai,K.Terengganu (Berhampiran Pasar Gelugur)
Tel:0139214107/0133504107
https://www.puridastrg.blogspot.com

Ustaz Shafie
Lokasi: Kg Pengadang Baru,K.Terengganu (Belakang Masjid Baru)
Tel:0199163829


Ustaz Raffi (Badan Ukhwah Darul Iman)
Lokasi: Kg Losong,K.Terengganu
Tel:0178880589


Ustaz Mat Asri
Lokasi: Kg Banggol Tuan Muda,K.Terengganu
Tel:0199532251/0199423531


Ustaz Idris 
Lokasi: Belakang Maktab Perguruan Batu Rakit,K.Terengganu
Tel:0139517348


Ustaz Fitri 
Lokasi:Kg Gong Pauh,K.Terengganu (Berhadapan Pejabat Pertanian Negeri Terengganu)
Tel:0126669212


Ustaz Fauzi
Lokasi:Kg Tanjung Bunut Manir,K.Terengganu
Tel:0139696100/0148181712


Cikgu Shahrul
Lokasi:Bukit Payong,Marang.
Tel:0199851990

Ustaz Ishak
Lokasi:A- 31-GA,Prima Saujana Seksyen 1,Kajang Selangor
Tel:0122594900

Ustaz Mohd Rafizie  Rahaidir (perawat dan pembantu ustaz Sharhan Shafie)
Lokasi: Masjid Al Huda Seksyen 19 Shah Alam Selangor
Tel:019-9325405

Ustaz Abas
Lokasi:Persatuan Kebajikan Dan Perawatan Rabbani,Lot 15551,Jalan Ketapang 6,Telaga Daing Seberang Takir,21300 K.Terengganu
Tel:0146062366

Pusat Rawatan Islam Ruqyah Isra
Lokasi :393414 Jalan Alang Ishak
Kampung Sungai Tapah
Manjoi 30020 Ipoh Perak
Tel: 013-5314809 (Ust.Muhammad Syawa
       013-4479610 (Ust.Abdullah Idris)
Facebook: Pusat Rawatan Islam Ruqyah Isra
Website: www.ruqyahisra.com

Pak Meor
Lokasi:Belakang SK Gelugur K.Terengganu
Tel:013-9872181



Dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda;
“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Maka apabila bertepatan antara ubat dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah.”[ H.R. Muslim dan Imam Ahmad ]

Tuesday, 18 November 2014

Kisah Kawan Berurut Dengan Nek Mah

Salam pembaca blog Qaseh yang dirahmati Allah SWT,

Wow lama betul tiada khabar berita daripada Qaseh kan. InsyaAllah andai ada sebarang info berkaitan TTC Qaseh akan post tp kalau nk post psl life Qaseh skang ni mcm tak sesuai pula rasenyer. Bimbang andai ada yg terasa. Kalau tak terasa and OK bgtau lah yek. Boleh juga sekali sekala masukkan resipi masakan pulak kan hihi :)

Walau dah lama x berbloging tp yang emel minta no. Nek Mah tu tetap dibalas. Haa kalau sape yg belum dpt tu mungkin aku terlepas pandang. Harap jgn marah dan boleh emel utk lebih mudahkan. Kalu comment kat post kdg2 info x smpi kat emel.

Alhamdulillah, aku pun memanjat kesyukuran pada Allah SWT bila kawan2 TTC yang pergi berurut dengan Nek Mah bgtau and share their happy news. Namun ada juga kawan2 yang masih belum mendapat sebarang tanda.

Pada kawan yang masih belum ada rezeki tu, jgnlah berputus asa. Berurut ni salah satu usaha kita. Harap tiadalah salah menyalahkan sesiapa dan be positive. Dalam bisnes org kata bukan mudah untuk berjaya. Lebih kurang jugak la utk TTC, bukan mudah dan bukan sikit modalnya kan. We are a piece of Strong Women in the world. Bukan senang nk jd kental mcm kita. Smg Tuhan Yang Maha Mengasihani memperkenankan doa-doa kita. Amin.


        





Monday, 1 July 2013

7 Sunnah Penting

copied...


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: 
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

Friday, 7 June 2013

Puteri Qaseh Dah Setahun

Alhamdulillah.. 23 Mei 2013 yg lalu genap la puteri qaseh setahun.. Org kate mcm sekejap jer rasenyer setahun.. tapi kalau tya bonda and ayah rasenyer jerih perjalanan TTC tu terus bersambung hingga sekarang.. Belum lg boleh menarik nafas lega walaupun telah mempunyai puteri.

Ingat dulu tak sampi 24jam puteri dilahirkan, tetibe puteri mcm sesak nafas tp kejap jer bile panggil nurse puteri dah ok and nurse x sempat tgk. So she assumed puteri tader ape2. Kami discaj jam 3ptg dan smpi uma jam 5 ptg. Giler jammed jalan. Biler sampai jer di rumah br letak punggong 30 mnt, tetibe puteri sesak nafas sungguh2 sampai kua air hidung and airmata menangis. Kelam kabut kami semua. DH suh siap nk bwk baby g hospital. After taking some advises, kami g UMRA. Sampai di UMRA plak staf kate PAED masuk jam 7mlm paling awal.. Oh noo.. kene tunggu lg sejam.. Alahai penatnyer badan, dgn perut lapa lagik. Puteri pn lom susu sbb susu badan mmg tadek lagi. Sedih sgt time tu.. Naseb baek nenek2 puteri pn ikut same teman ke UMRA. Leh la tlg pgg puteri. DH plak g carik susu formula nk bancuh utk puteri. Siap kol UKMSC tya susu ape diorg bg puteri minum kt nursery and they said it was S26. DH pn pusing2 la g carik susu tu tp xder kt area tu. Langsung g tapaukan food nasi n ikan masin utk aku. 

Sian puteri kepenatan nanges mesti la lapa kan. Aku pn dgn muke seposen tya nurse tu kalau ade susu baby kt wad bleh tak bg sikit. Nurse tu pn g la amik sebotol kecik tu bg kt puteri. Rase terharu sgt tp puteri xnk minum pon. 

Perut aku lak makin mengembung tak tahu kenapa. Da mcm peknen 5 bln. Muke mak nmpk risau katenyer takut 'batu meroyan' bengkak. Terpinga-pinga aku. Apetu batu meroyan? So lps daftar puteri aku pn decide nk jupe Dr. Ummu sekali la.. risau la plak. Tp still kene tunggu gak sbb Dr. Ummu pn lom masuk lg.. T_T

Jam da dkt kol 7.15 tetibe nama dipanggil ke klinik Dr Ummu dan kebetulan nama puteri pn dipanggil haha kelam kabut aku sbb DH pn lom smpi lg. Aku suh nurse jump nama puteri sbb nk jupe Dr. Ummu dulu. Biler jupe Dr. Ummu die cek  perut and tya aku da berak buang air besar lom? Aku pn jwb lom nurse UKMSC x tya pn. Perut kembung camni bese katernyer nnt pakai bengkung. Skang die nk bg aku buang air dulu dan terus masukkan ubat kat bontot. Tak smpi 5 saat terus aku rase nk membuang dan mintax izin terus nk kua. Elok lps membuang, Paed da panggil semula nama puteri. Ke sana plak la aku kan dgn jln mcm siput tu tahan jerla.. 

Paed cek puteri DH pn sampi. Kate paed die check tgk puteri ok tp we witnessed wat happened to her dat evening. So he suggested either we went back to UKMSC or went to any hospital and asked to put our puteri in observation. He really worried dat we all 'fainted' dat nite and no one awake if sumthing happened.

DH want to go to govern but i refused as i had to stay there and DH had to leave. So sume pakat2 bincang psl sentri mlm tu. Mlm tu pn kecoh lg sbb puteri suke tersedak2.. siannyer anak bonda. Smpi puteri 4 bulan masih suke tersedak and muntah susu mcm air terjun. Masuk 5 bln br stop muntah2 tp mula la meragam dgn semua org kecuali bonda, nenek and babysitter.

Masuk 9 bln puteri kerap demam.. Sekali sebulan mest demam panas sgt dan lembik jer x bermaya.. Luluh hati kalu tgk die demam mcm tu. hati ni selalu berdoa agar Allah tidak meminjamkan puteri sekejap sgt kepada kami. Masuk setahun pula, kami da bawak puteri ke hospital tgh2 mlm sbb puteri nangis2 and restless dari siang smpi la embun jantan keluar.. Kali kedua puteri nangis2 lg kami bwk g jupe ustaz pulak tp stil nangis2 and acting weird smpi kol 1-2 pg.

Itulah setakat setahun bersama puteri.. Tak lama lagi puteri akan jadi kakak pulak. Entah mcm manela ragamnyer nnt. Doa kami moga puteri menjadi anak yang solehah dan kakak yang baik. Amin <3

Thursday, 28 March 2013

Buang Rahim

Tersentap tak kalu doc bagi cadangan gitu? My ofcmate seorang TTC-ian. Berkahwin hampir 4 tahun dan suami sering outstation.

My ofcmate tu mmg ade masalah dengan period cycle. ni aku tau gitu2 jer sebab x berapa rapat dgn die takkan tetibe sebok nak menanya plus biler aku dah ade baby sendrik takut die cakap aku nk belagak puler.

Tup2 from her close frens they story mory dat she kene buang rahim. and ofkos smpi bebiler pon TAK AKAN dpt baby. OO no wonder die amik anak angkat. Now the anak angkat already 3 yrs. But when April about to come, status FB die mmg akan menyedihkan but she keep her spirit strong and still mulut becok ramah melayan org.

Ini cume motivasi buat kawan2 TTC lain. Jangan berputus asa selagi masih ada harapan. kalu dah xder rahim apalah harapannyer lagi kan. Di samping tu jaga lah rahim kite sebaiknya. Kawal pemakanan mana yg perlu. Bukan sbb org kate mkn tu lah sbb xleh ngandung tp sebenarnya utk kesihatan rahim. Elakkan drpd fibroid, cyst dll. Exercise juger penting.

#sejak bersalin sakit bawah perut belah kiri lepas D&C dulu makin sakit kalu jogging xtau la kenapa..

Wednesday, 27 March 2013

Salam 2013

Salam, suku tahun 2013 da hampir nk tutup tirai baru nak ucap selamat tahun baru ker? hihihi.. Sebenarnya aku da x aktif dengan blog ni tapi bile bukak email penuh plak inbox. jadi, rase mcm nk aktifkan blog ni and keep sharing apa yg aku rase dan lalui dgn kowang.

Semoga terus support blog ni and we support each other. Dun ever give up ok.




Sunday, 5 August 2012

Salah Berdoa atau Dosa Silam

Last 3weeks aku ada tertgk rancangan AR RAYYAN yg dihoskan oleh ustazah Fatimah Az zahra. Ada ke yg x kenal die?

Ok xkenal xpe nnt gugel jer ek. Kebetulan rancangan tu membicarakn topik 'ZURIAT' dan telah men jemput sepasang suami isteri yg telah 2 thn berkahwin dan belum dikurnikan zuriat.

Topik begini kebiasaannya ustazah/ ustaz akan mengajar doa mohon mohon zuriat yg mn aku bajet kite2 TTC-ian ni dah pon hafal kat hjg lidah jer. Jd aku pn x berapa teruja sgt la tgk rancangan ni tp malas nk tuka channel. Sehinggalah bila mana ustazah Fatimah ni ajukan soalan kt kaple ni "KENAPA MAHU ZURIAT?" dan biasalah jawapan yg kebiasaannye kite jwp --> UTK ERATKN SUAMI ISTERI, LEBIH BAHAGIA, yg gitu2la jwpn tu.

Kemudian ustazah Fatimah pn bercerita. Ceritanya lebih kurang yg aku dgr dan phm la since x terujer ms tu kn. Ceritanya Nabi Muhammad SAW berkahwin lama sblm dikurniakan anak (xsilap ceritanya sehingga nabi bergelar rasul. Lama tu hampir 20thn). Tp Nabi yakin Allah SWT akan memberikan zuriat kpdnya. Dan niat nabi utk mempunyai anak adalah utk menjalankn suruhan Allah SWT, meneruskan ajarannya dan memperkembangkan Islam. Nabi x berdoa dan x niat nak anak utk bahagia ka utk lebih eratkn hbgn suami isteri etc. Subhanallah. Malunya aku rasa...

Then ustazah pon terus la suh kaple tu betolkn semula niat dan doa tu. Tgk diorg pn mcm terkulat2 dah. Lg 1, ustazah Fatimah turut tekankan penyebab belom ada zuriat ni mungkin berkaitan dgn dosa2 silam kite, dosa dgn ibubapa. Maka cpt2lar bertaubat dan mohon maaf pd ibubapa kite andai kite ade buat salah. Kite pn mmg ptt berbuat baik pd ibubapa kn. Doa ibu lebih baik drpd 1001 doa ustaz (ni ayat aku)

Rase bertepek kt muke ni bile ustazah ckp dgn lemah lembut kt kaple tu psl niat tu. Jadi x semestinya pd yg TTC, yg da dpt baby pn ptt betolkn niat kite agar insyaAllah anak kite jd umat Muhammad yg sejati. Amin.

**Dunia skang byk pancaroba moga anak2 kite dilindungi. Bykkn selawat ke atas nabi :)

Tuesday, 12 June 2012

Lahirnya Miracle Baby..

Alhamdulillah pada 23 mei 2012 jam 4.45 ptg tercatit dalam sejarah salasilah keluarga aku dgn kelahiran seorang puteri di UKMSC. Aku memohon maaf kerana telah lama x hapdet blog ni sbb byk plak dugaan semasa mengandung di saat-saat akhir sehingga EDD terpaksa diawalkan 2w kemudian diawalkan lg 1w. Jdnya aku bersalin ms usia kandungan 37w2d. Semoga kalian yg lain terus berusaha dan pd yg sdg dlm perjalanan ini, smg dipermudahkan. Skang msh bz tune time dgn hidup br. Ada ms kite samb nnt yer.

Monday, 12 March 2012

Tips 'Memagar Rumah'

korang penah tak rase semacam jer kalu nk masuk rumah? ada dengar bunyi aneh2 jer bila waktu malam tp kita igt org umah atas yg buat.

bg aku seeloknya, ada atau tiada baik kita pagar rumah kita dgn ayat2 suci al-quran agar syaitan pun susah nk masuk uma kite. kalaunk hindar pencuri leh la psg pagar besi, kalau nk hindar jin & syaitan, inilah caranya. Ni aku copy dr blog DarulRuqyah yg diasaskan oleh Ustaz Suhaimi yg selalu dah kua tv tu. Moga berkesan dan kita dpt lindungi keturunan kita drpd gangguan makhluk halus.. tak byk pun sikit tu pasti.

Adakah Rumah anda mempunyai salah satu tanda-tanda di bawah??

1-kadang-kadang terdengar bunyi guli jatuh di dalam rumah
2-terdengar sesuatu benda jatuh dari bumbung.dan kebiasaannya perkara ini berlaku pada   waktu malam
3-bila masuk ke dalam rumah tidak rasa tenang dan apabila berada di luar rumah sebaliknya berlaku
4- keadaan rumah suram dan menyeramkan
5-terhidu bau bangkai atau sesuatu yang busuk dan tidak menjumpai puncanya

Tips Memagar Rumah


 A.Bacaan
     1. Baca Surah Yasin
     2. Al-Fatihah,Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-nas Sebanyak 7x
     3. Surah Yasin ayat 9     = 21x
     4. Surah al-a'raf ayat 17 = 21x

B. Bahan
      1. Garam
      2. Daun Pandan 14 Helai @ Limau Purut 14 Biji
      3. Minyak Kasturi (Putih @ Hitam)

C. Kaedah

  1. Pastikan rumah tersebut bebas daripada sebarang azimat, tangkal dan unsur-unsur yang mensyirikkan Allah
  2. Sediakan 1 baldi air (mengikut keluasan dalaman rumah)
  3. Campurkan garam,daun pandan 14 helai @ limau purut 14 biji dan  minyak kasturi tadi
  4. Masukkan air yang di campur tadi ke dalam botol semburan.
  5. Buka pintu , tingkap dan almari
  6. Pasang cd ruqyahsehingga selesai kemudian azan sekali di tengah rumah
  7. Sembur di setiap ruang rumah ketika menyembur baca ayat kursi berulang-ulang sehingga selesai
# Cd ruqyah boleh didapati di pusat rawatan islam darul ruqiyyah atau kedai-kedai yang berhampiran

Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com

Friday, 2 March 2012

Tahniah 'Mahu Jadi Ibu'

Alhamdulillah kwn TTC sorang ni pun dah sampai rezeki dia.. Semoga Allah SWT merahmati mereka sehingga baby selamat dilahirkan.

Tahniah 'mahu jadi ibu'.. :)

Thursday, 1 March 2012

Langkah 3: Treatment

Sebaik jupe Prof Zainul ms 6w preggie tu, Prof mintak aku admit dan aku pun akur. Segalanya aku serahkan pd perancangan Allah yang penting aku berusaha dan yakin. 

Sebaik masuk wad, Prof yang mengetuai wad tersebut minta aku diberikan rawatan Anti Phospolipid Syndrome (APS) kerana ada sekali ujian tu positif pada tahun 2010 walaupun ujian ke-2 yang dilakukan 3 bulan selepas itu negatif. Ujian APS yang Prof buat ms aku jupe die tu pun negative jugak. Tp die yakin dan positif utk berikan aku rawatan tu berdasarkan 1 daripada 3 tanda2 APS iaitu recurrent miscariage dan atas sbb keputusan ujian yang positif tu.

APS adalah penyakit berkaitan auto immune. Dari penerangan doc2 sini, apa yg aku phm APS ni menyebabkan keguguran sbb sistem immune bdn kita detect janin adalah suatu benda asing yg perlu dinyahkan drpd bdn kita. So, saluran darah yg halus2 tu pun senang membeku menyebabkan darah tak sampai kepada janin.

Untuk merawat APS ni, ubat pencair darah pun diberikan. Jika pregnancy dahulu aku dpt pil Aspirin tuk cairkan darah, tp kali ni doc tukar ubat tu kepada Cardiprin. tukar brand jer kot. So, Prof decide aku diberikan suntikan Herparin utk lebih cairkan darah, Proluton utk kuatkan rahim dan Pregnyl utk sbb yg sama gak kot. Suntikan Herparin ni perlu diberikan hari2 sampai 9 bln, manakala Proluton dan Pregnyl inject 2 kali seminggu smpi 16w di mana waktu tu mungkin Prof akan consider utk aku discharge. Fuhhh dekat 3 bulan kene dok wad T_T

Dok hospital gomen beselah, vitamin 3 serangkai tu selalu miss, ade yg kate perlu bg ade yg kate tak perlu. Entahlah tp sbb aku mmg byk stok Asid Folik, aku mkn sendrik jer kalu diorg x bg. Injection tu pun hampir2 termiss sbb da smpi tgh mlm br nk inject tu pun da x larat remindkan doc. So ubat2 yg aku amik sepanjang trimester pertama ni adalah:

Suntikan:
- Herparin
- Proluton
- Pregnyl

Pil:
* Cardiprin
* Vitamin

Tu belum masuk ubat sbb aku ada urine infection dan heartburn ms 12w.. Dan masa tu la br paham perasaan mak saat mak kate nk cuti daripada makan ubat2 Darah Tinggi dan Kencing Manis dia, sian mak. Mmg x lalu kalu tgk ubat byk2 nk kene telan hari2..

Masa da masuk 7w, prof minta house doctor lakukan scan utk lihat jantung baby which mmg aku sgt berdebar2 ms ni. Sbb inilah mulanya. Sebelum scan sempat solat hajat dan tepon DH minta sokongan moral. Masa nk panjat katil tu pun rase menggigil dan berdebar giler sampailah doc besarkan pic kat skrin dan tunjuk bende yg tenggelam timbul tenggelam timbul. Itulah dia jantung baby yg sedang berdenyut. Airmata ni da tak terbendung dah ni tp doc Nisa yg buat scan tu leh buat selamba badak jer. Yelah apehal dia nk sebok hal aku agaknya kan or mungkin die lom kawen or mungkin dia x phm perasaan org yg TTC mcm aku ni. Kebetulan doc Heri, assistant Prof ada dlm bilik tu terdgr kata2 doc Nisa. And he said 'Alhamdulillah' sambil senyum jer tgk aku hehehe.. 

Ptg tu lepas nangis2 tepon DH, aku minta blk cuti sbb weekend dan Doc Heri bagi pesanan :

# Elakkan tangga
# Jangan buat kerja especially yg berat, byk gunakan tenaga
# Banyakkan rehat, baring

dan itulah yg aku buat sampai 16w.....

Thursday, 16 February 2012

Fetal Doppler Machine

Semalam DH da g amik kan kat pej. pos parcel ni.. dalam hati berdebar dan tak sabar nk tunggu blk keje , nk tgk, nk guna, nak 'dengar' baby..

Fetal Doppler Machines (FDM) ni utk bakal ibu dan ayah dgr jantung baby dan dgr pergerakan baby dalam perut ibu. jadi dr situ pun kite leh monitor keadaan baby kita. So x yahla asik nk g scan je kan. Seawal usia kandungan 12w pun da bleh detect guna machine ni. FDM ni ade mcm2 jenis dan harga pun berbeza2.

Memula tu bila aku survey, byk suggestion dlm forum kate beli Angle Fetal Doppler sbb machine ni bleh record dan pasang mp3, guna cd yg kecik tu.


Tapi lepas pikir2, aku pilih machine yg ade LCD heartbeat baby since itu tujuan yg paling utama, nk monitor baby. kalu yg xder LCD kita kene kira sendiri berapa BP baby.. Aiyoo diri sendiri pya pun x pndi kira camne nk kirakan baby pya?? So inilah dia.....

Taraaa... pic aku nyer xderla sbb laptop rosak xleh bluetooth gambo. So aku amik jerla pic dr tenet yer.. Ni die jenis aku beli - Babysound Type B. warna pun warna pink juger ; dia ada 3 warna x silap.


Bende ni beli kat Ebay dengan harga USD19.99 free shipping in Asia .(Pembetulan, DH kate ada shipping charge USD18 for outside US) . Harga yg lain2 pun lebih kurang tula import from china. Tgk kalu kt UK pun die akan hntr melalui China jugak. Aku beli on 28 Jan dan parcel smpi uma pd 11 Feb aritu. So standard la. Selain dari Ebay korang leh survey2 gak kat Amazon.UK.

Kalu order yg jual kt FB tu pun pre-order plus tunggu shipping lg mau sebulan. Harga untuk Type B ni RM230 + free fostage. Type A plak yg xder LCD tu RM190 + free postage. Sgt berbeza ok. Bijaklah berbelanja.

So mlm td, bekejalah aku dgn machine ni mencarik BP baby tp x jupe plak, smpi la DH amik terus baby gerak2 smpi sakit telinge aku dgr die mcm berenang2 dlm perut ni dan sepakan die tu bunyik lebih jelas, bunyi sepak dlm air.. Wahh happy sgt tp still x jupe Bp baby. Bila DH cabut earfon dia, terus baby xnk grk plak.. Aisehh geng ngn baba plak die..

Til then, mlm ni kita sambung lg =)

Tuesday, 14 February 2012

Petua Untuk Mengandung

Petua ni aku shared daripada page Senang Hamil di FB. Katernye ia dikongsikan dalam rancangan Tanyalah Ustaz @ TV9 tu. Jadi kawan2, tak salah mencuba petua ni pulak, caranya pun mudah dan mengikut Islam;

1. Ambil 4 biji kurma, suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian buang biji kurma tu
3. Blend kurma tadi bersama susu kambing
4. Minum air campuran tadi sorang segelas
5. Amalkan sekali sahaja seumur hidup
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi

InsyaAllah mujarab. Menurut ustaz tu, feedback yang dia terima, kebanyakan beroleh zuriat dlm masa setahun.

Selamat mencuba.

Friday, 10 February 2012

Muntah

Alhamdulillah rasenyer da sebulan tak muntah2 dah walaupun rase loya2 tu masih ada dan bunyiknyer amatlah buruk sekali sbb kuat sgt.. Sbbnye bunyik kuat tu mungkin sbb aku nak menahan drpd muntah jd mcm meneran sikit la kat tekak ni katup bg rapat..

Start rase nk loya dan muntah ni besenyer bila kandungan masuk 8w ke atas. Endingnya plak tgk tuan punya badan. Ade org masuk jer 16w da ilang terus, ade org ilang kejap2 pastu muntah blk. Ada org yg langsung tak rase paper steady jek.. tu pun kira rezeki masing-masing jugak.

Kalu ikut petua dan kata2 org lama, eloklah kalau kita muntah2 itu menandakan baby kita sehat dan kuat. Ramai org ckp gak, muntah ni bleh legakan rase berat kat dada tu, sbb gas da naik ke atas dan leh legakan pening2.  Jadi kalau nk sedapkan diri yg penat muntah tu, just pk baby kita sehat dan kuat yer. Rase pening tu pun hilang tp kejap jer rasenyer pastu pening blk huhuhu....

Ada beberapa petua utk hilangkan rasa nk muntah tp aku x berani nak cube takut tak sesuai dgn badan, cthnya ade kate mkn asam, mkn nenas, etc. Yang paling senangnyer, muntah jer tak yah tahan2 buat tambah  sakit kepala jer.. Lepas muntah tdo lah hehehe..

Berbalik pd kata yg muntah tu menunjukkan baby kita kuat kan, sbb tu la kot aku rase baby ni sejak 3 4 minggu ni asik tendang2 kuat2 jer. Tendangan si dia tu leh rase smpi ke tulang belakang n buatkan aku rase mcm nk buang air besar. Aktif plak time tgh2 malam kan, mmg tak kasi bonda dia tdo la tuu.... ZzZzzZzz

p/s: Menaip dgn mate kuyu niee..

Saturday, 4 February 2012

Langkah Ke-2 : Appointments

Alhamdulillah lepas buat Langkah Pertama tu, aku lekat uk kali ke-5 nyer.. sekejapan sgt. Syukur alhamdulillah. namun masa tu tuhan jer yg tahu ape dlm fikiran aku; kosong dan buntu sebuntu-buntunya. Tiada lagi warna2 pelangi sebagai background suasana masa tu. Lepas buat UPT pagi2 buta tu, aku terus baring sambung tdo blk. Bila DH tya selamba jer aku jwb "Double lines..."

Esok pgnyer, DH tya sekali lagi to confirm dan aku masih statik. DH berjaya berikan semangat sikit pd aku lalu aku pun dpt la plan apa yg perlu aku lakukan selepas tu. Kalu tak, kepala ni rase nk pecah bercelaru sgt. Aku tunggu lagi 2 hari sebelum confirmkan pregnancy di klinik panel, lepas confirm besoknya aku terus buat appointment di O&G HUKM. Hati ni masih lg berbaik sangka dgn klinik gomen tu, tmbh pula bila igtkan plan Dr. Ng sebelum kami buat DNA Test dulu.

Selang 2 hari, aku pun g lah klinik terebut dan Dr pd hari tersebut adalah Dr wanita bukan Dr. Ng (standard la kan). Dr tu pun confimkan pregnancy aku dgn UPT dan scan. 2 kali scan pd hari tu. Scan di bilik scan dan scan oleh Dr sendrik di bilik ICU. Dr confirmkan janin br 4w++ dan hya berikan vitamin 3 serangkai, Duphaston utk kuatkan rahim dan tukar brand aspirin kepada Cardiprin utk cairkan darah.

Bila aku tya mcm mane dgn suntikan Herparin yg diplankan oleh Dr. Ng sebelum ni, Dr wanita tu ckp die perlu rujuk kpd Prof dia di belakang sebentar. Sebaik Dr tu muncul, dia minta maaf dan kata prof dia x setuju utk berikan suntikan tu dulu sehingga janin 8w sbb penyakit / punca aku recurrent miscarriage masih blum diketahui plus keputusan DNA tu pun lom keluar. Aku ckp semua ubat tu ku da amik since 3rd pregnancy takkan masih nak gunakan kaedah yg sama? Tunggu hingga 8w utk next action da terlalu lmbt!
Dr wanita tu hya mampu suh aku bersabar dan bykkan solat hajat.....

Blk dr klinik gomen tu, aku terus kol klinik pakar HUKm utk set appointment dgn Prof Zainul Rashid.  Alhamdulillah urusanku dipermudahkan, tak perlu tunggu smpi 3 bulan, nekt weeknya aku dpt booking. DH terpaksa outstation seminggu dan aku pun mohon ler cuti rehat sbb tak mampu nk drive. Rase bdn lemah lgpun saje dgr ckp2 org kata jgn drive sbb tu pun dikira berat utk org mcm aku huhuhu.. Jadinya, hari Rabu tu aku pun g lah ditemani oleh kakak ku ke Tkt 7 di mana klinik tu terletak. Lama gak tunggu mcm kat UMRA gak almost 2jam tp berbaloi. Prof. Zainul bermisai lebat lembut orgnya tp tegas. Lps scan prof kate janin nmpk kecik sgt walau dah 5w +, hm kcutnya hati dgr tp Prof very positif. Dgn prof aku citer semua yg telah aku jalani sepanjang aku TTSP dan prof agak pissed off dgn beberapa jawapan yg Dr2 HUKM telah berikan kepada aku spt mcm mn they handle my feeling abt risk of losing my 3rd pregnancy, psl ubat melalui injection, psl treatment last week dan mintak nama2 Dr terbabit. Aku just jwb aku x igt jer sambil2 die godek info aku dlm database HUKM .. hmm yg tu hebat, guna database wooo senang nk cek..

Bila aku minta surat sokongan utk aku cuti tanpa gaji, Prof diam jap n mintak aku duduk wad dgn alasan nnt kat rumah aku tetap akan byk bergerak di mana die nk aku bykkan rehat, kurangkan bergerak agar O2 dan darah akan lebih tertumpu ke baby. Meanwhile, team medic die bleh pantau aku. Kakak aku pun terus bersetuju dgn Prof..Aduhhh ngerinya dgr kene dok spital smpi baby 4 bln plak tu.. Bila tgk aku 50-50, Pof bg jer surat kemasukan wad kat aku dan mintak aku masuk secepat mungkin, kalu bleh skang gak brg2 mintak famili bwkkan nnt. Issh prof ni, aku ckp kot ye pun sy nk tuunggu suami sy blk outstation esok lusa. Then he said ok tp jgn x masuk =)

Hari tu prof bg injection Pregnyl dan Proluton di mana injection ni setiap 2 minggu sekali. Dan buat BD utk Anti-Phospoliphid Syndrome sebelum inject. Lain2 BD die akn buat semasa di wad sbb aku tak perlu byr since guna GL. Seb baek masuk wad biasa leh la guna GL, kalu masuk wad private tu smpi 4 bulan?? Bankrap la makcik karipap @_@ . Hari tu total semua = RM350.

Blk ptg tu terus carik roti canai hehehehe...

Monday, 30 January 2012

Langkah Pertama

Langkah pertama aku plan utk conceive balik adalah dengan menulis blog.. hahaha mcm kelaka jer bunyiknya tp itula yg aku lakukan. Kenapa? Sebab drpd blog tu aku leh express dan share apa yg aku rasa.. Sharing can really makes you relief.. Di samping tu aku pun boleh baca blog rakan2 yg seangkatan dgn aku, dpt sokongan drpd seseorang yg aku tak kenali tp begitu memahami apa yg aku rasa tp bukan utk meraih simpati yer.. Pendek kata, blog adalah tempat meluahkan sejuta rasa yg terpendam dlm hati ni tanpa rase bersalah dan buatkan aku rase lega...~

Kemudian, drpd blog kwn2 nilah aku plan apa lagi langkah yg belum aku ambil. Bila baca blog kwn2 rupanya mcm2 yg diorg da lakukan berbanding aku.. Aku tak pernah buat IUI, operate, IVF dll.. Aku juga tiada cyst, endo, PCOS dll.. Bila kita di sini, barulah kita tahu masih ada yg lebih byk dugaannya selain kita.. dan aku rasa syukur~

Setelah tu, aku tetapkan utk buat IVF dan start searching about it.. get more info as much as i can to make sure that was what i wanted to do and i was well prepared. Decision tu dibuat memandangkan aku da malas nk tunggu2 lagi dan aku ada terbaca blog Ummi psl IVF yg dia lakukan dlm RM9K jer secara total. Alhamdulillah IVF dia berjaya dan baru2 ni pun baby da selamat dilahirkan.

So, aku pun mengorak langkah dgn mengontek ummi dan ummi sudi berkongsi cerita psl IVF dia. Ummi yg cadangkan aku berjumpa dengan Prof. Zainul Rashid, pakar gynea di private hospital HUKM. Lepas berbincang dengan DH, kami pun sepakat utk buat appointment di klinik tersebut memandangkan hati ini masih lagi berbuku dgn Klinik Dr. Hamid Arshat yg gagal mengendalikan booking aku dulu.. (dendamkah? huhuhu~)

Friday, 27 January 2012

Nek Mah Bidan Power!

Satu hari tu, masa tgh sebuk2 buat keje kat opis tetiba kwn sekolah ym dan dengan sopannya memohon izin untuk bertanyakan 'khabar' aku.. Bagusnya kawan aku sorang ni. Nama dia Shiera. Lepas aku mengatakan aku baru keguguran kali ke-3, Shiera bercerita psl sorang lg kwn kami yg da kahwin hampir 10 thn namun masih tiada tanda2 untuk mengandung dan lastly doc isytiharkan dia MANDUL.

Mandul adalah perkataan yg paling tak enak untuk didengar bukan? Lalu, kwn yg sorang ni terlalu sedih dan bercerita la dgn Shiera masalah dia. Jadi shiera ni cdgkan kwn ni berjumpa dengan Nek Mah untuk berurut. Nek Mah ni mmg keturunan bidan di Kuala Selangor dan telah dpt sijil perbidanan drpd Hospital Tg. Karang. Alhamdulillah lepad berurut ngn Nek Mah, kwn tu mengandung. Subhanallah..

Jadi, aku pun saje la nk g test. Tiada harapan yg aku letakkan sekadar nk sedapkan badan sbb aku suke g diurut huhuhu.. Lagipun br abes berpantang dan pindah rumah mestila bdn penat.. Urutan Nek Mah biasa jer sesuai dengan usianya jd urutannya x berapa keras tp masih terase dan leh wat kite terlena. Namun, urutan dia bukan cincai boncai mcm orang indon (jgn berurut ngn org indon / asing, selalunya mereka tu buat2 pandai jer ) tp dah dpt sijil perbidanan ok. Bagi sesetnagh org yg sukakan urutan keras, korang takkan rase best la ngn urutan Nek Mah ni. Bayaran lak ikut keikhlasan kita.

to be con't .... =P

cont. nie...................................

Nek Mah dok ngn anak dia kat area AU Keramat. Lepas Shiera cerita psl member ktrg td aku pun saje nk la nk g ngetest since dekat gak ngn uma parents kan. Alhamdulillah sekali berurut ngn Nek Mah, aku terus lekat.. 2 bulan lepas keguguran pd bulan Feb, Bulan Mei period x dtg.. namun sekali lg aku keguguran  selepas 15w.. itu pun aku paksa bg turun sbb dah tahu janin sekali lg tak menjadi...

Abis pantang aku tunggu lepas raya utk urut lagi ngn Nek Mah. Masa tu pun period da dtg tp sikit2 sgt cam tompok2 jer.. Abis period tu terus g jupe Nek Mah, hm layan abesss sbb badan pun penat ngn outstation dan raya sakan kan.. Masa nk g urut tu DH sempat gak ngusik 'sekali lepas urut ngn Nek Mah ni lekat gak cam dulu'. Aku cakap: 'tak kot sbb period sy pun sikit jer ni baru nak teratur blk'. Memula tu igt nk rehat la gak sbb rase cam trauma..... Rupa2nya masin mulut DH.. Kalu ikut kiraan 28 hari, period da lewat 4 5 hari aku da mula rase pening. Cukup 5 hari aku wat UPT mmg nampak la 2 line tersebut... Sikit pn aku tak tersenyum, tapi DH nmpk seronok gak la.. dan bg aku semangat utk pastikan kali ni berjaya.

Nek Mah pun ada buat jamu sendirik dan aku pun saja la beli nak senangkan hati dia .. Disebabkan baru mkn kejap jer tak tau la jamu tu berkesan ke tak.. So, kalu nak rase tangan Nek Mah boleh la tinggalkan emel nnt qaseh reply k =)

** bukan nk berahsia tp kesian kat Nek Mah tu kalau ramai sgt yg dtg. Sebelum korang dtg pun jgn lupe tepon die dulu k  =)

Wednesday, 25 January 2012

Pregnant Kali ke-5

Aku mmg x sangka akan 'lekat' semula lepas 2 bulan keguguran. Mungkin ada beberapa faktor yg boleh aku andaikan sebagai penyebab rezeki ini dtg dengan cepat:

1) Kerja ala2 bercuti selama 3 minggu di China masa berpantang - stress free, jgn stress2..

2) Berurut lagi dengan Nek Mah the Bidan Power utk sedapkan badan lepas blk dr outstation tu..

3) Abis pantang, terus bersama suami sesuai dgn kiraan waktu subur - cycle 28 hari jadi hari ke 10 - 14 tu mmg betul2 subur.. Ni terbukti sbb tahun ni 2 kali aku lekat...

4) Amalkan ayat2 al-Quran yg diberikan ustaz2 di samping rawatan ruqyah yg mereka berikan - ada mandi air daun bidara (Darussyifa'), mandi ngn garam bukit, minum air zam-zam, sapu minyak habbatussauda di sendi2, solat hajat oleh anak2 yatim dan tahfiz (Darul Ruqyah)

# Lepas rawatan2 tu jugak, aku rase semangat aku semakin kuat.. x mudah terperanjat atau takut2 sendiri..

Walau bagaimanapun, itu semua usaha kita, Allah swt jualah yg menentukan. Wallahua'lam..

Tuesday, 17 January 2012

Praeklampsia - Bakal ibu patut tahu

Apa itu praeklampsia? 

Praeklampsia ialah keadaan yang dicetuskan oleh kehamilan, dan ianya boleh berlaku pada peringkat kedua kehamilan. Ia bercirikan tekanan darah yang tinggi,bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang cepat disebabkan pengumpulan air dalam tubuh, dan protein dalam air kencing. 

Praeklampsia meliputi yang ringan juga yang paling teruk dan boleh menjejaskan beberapa sistem dalam badan. Walaupun tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya sama sekali semasa kehamilan, praeklampsia boleh dikawal. 

Oleh kerana ia mengurangkan aliran darah ke plasenta, praeklampsia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda. Ia boleh menyekat tumbesaran bayi sebab oksigen atau nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi. Jika anda mempunyai sebarang sebab untuk mensyakki yang anda menghidap praeklampsia, hubungilah doktor anda dengan segera. 

Jika praeklampsia melarat menjadi eklampsia, tekanan darah anda akan menjadi sangat tinggi dan anda beserta bayi anda menghadapi risiko yang serius. Eklampsia boleh menyebabkan sawan atau konvulsi, yang boleh melarat menjadi koma dan meragut nyawa. Sekiranya eklampsia berlaku, ianya lazim terjadi di peringkat akhir kehamilan atau selepas bayi dilahirkan. 

Adakah sesetengah wanita lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia? 

Praeklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 wanita yang hamil. Eklampsia pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan praeklampsia akan mendapatnya. Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bayi dilahirkan. 

Penyebab praeklampsia sebenar tidak diketahui tetapi beberapa faktor risiko telah dikenal pasti. Anda lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia jika ini merupakan kehamilan pertama anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang sebelumnya. 

Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda: 

• berumur 40 tahun atau lebih; 

• tersangat gemuk semasa anda menjadi hamil, iaitu dengan BMI 35 atau lebih. 

• mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah anda, termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus, masalah ginjal, atau diabetes; 

• mengandung kembar or berganda; 

• mempunyai sejarah praeklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak yang mengalaminya; 

• telah mengalaminya sebelum ini – satu dalam lima orang wanita akan mendapatnya kembali. 

Bagimana saya boleh mencegahnya? 

Tiada cara yang pasti untuk mencegah praeklampsia. Tetapi, cara yang terbaik untuk memastikan yang anda atau bayi anda tidak terancam ialah dengan berjumpa doktor anda secara kerap untuk temujanji antenatal anda. Sebabnya ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dijalankan oleh doktor atau jururawat semasa anda hadir untuk temujanji antenatal anda, adalah untuk mengesan tanda-tanda awal praeklampsia. 

Terdapat bukti bahawa aspirin biasa dos rendah dan suplemen calcium sebelum dan semasa awal kehamilan boleh mencegah praeklampsia dalam sesetengah wanita. Berbincanglah dengan doktor jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan ini. 

Sekiranya saya mendapat praeklampsia, bagaimanakah rawatannya? 

Jika tekanan darah anda naik secara sederhana, anda akan dinasihatkan untuk mendapatkan seberapa banyak rehat yang boleh, dan caranya ialah dengan berbaring di sisi kiri anda sebab ini akan membantu aliran darah ke plasenta, atau dengan duduk dalam posisi tegak. Anda mungkin diminta pergi ke pejabat doktor setiap hari untuk memeriksa tekanan darah anda. 

Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan dimasukkan ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau. Imbasan akan digunakan untuk mengesan tumbesaran bayi anda dan alat CTG (cardiotocograph) akan digunakan untuk memeriksa kadar denyutan jantung bayi anda dan kesihatannya secara umum. Tujuannya ialah untuk meneruskan kehamilan anda seberapa lama yang boleh, untuk memberi peluang yang sebaik-baiknya kepada bayi anda. 

Anda juga akan diberikan suntikan magnesium sulfat. Satu kajian penyelidikan yang besar yang diterbitkan pada tahun 2002 mendapati bahawa jika ibu yang mempunyai praeklampsia diberikan magnesium sulfat, risikonya mendapat eklampsia dikurangkan hingga separuh. 

Sekiranya tekanan darah anda tidak dapat dikawal, pakar obstetrik akan mencadangkan supaya anda menjalani cetusan kelahiran atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean. 

Praeklampsia akan pulih dengan sendirinya setelah anda melahirkan bayi. Tetapi, anda masih berisiko praeklampsia sehingga empat minggu selepas bayi anda dilahirkan, terutamanya jika praeklampsia anda itu teruk atau didiagnos apabila kehamilan anda sudah mencapai minggu ke-37 atau lebih. 

Apakah petanda amaran bagi praeklampsia? 

Ada kalanya praeklampsia akan maju dengan pantas. Sekiranya anda berada dalam peringkat kedua kehamilan anda atau di minggu-minggu pertama selepas kelahiran, jangan teragak-agak untuk memanggil doktor anda jika anda mempunyai salah satu daripada simptom yang berikut: 

• muka, tangan atau kaki anda bengkak dengan tiba-tiba; 

• sakit kepala yang akut diikuti dengan penglihatan yang kabur; 

• sakit yang tersangat teruk di bahagian atas abdomen anda; 

• muntah. 

Pengesanan dan rawatan awal boleh menentukan secara signifikan bagaimana praeklampsia itu berkembang kelak. 

Bolehkah praeklampsia menyebabkan komplikasi lain? 

Kadangkala, tetapi jarang berlaku, ia boleh membawa komplikasi seperti sindrom HELLP, yang merupakan gangguan fungsi hati dan pembekuan darah. HELPP bermaksud seperti berikut - haemolysis (H - pemecahan sel darah merah), enzim hati meningkat (EL - elevated liver enzymes) dan bilangan platelet yang rendah (LP -low platelet). Ia boleh berlaku sebelum praeklampsia dapat dikesan dan didiagnos. Simptom HELLP termasuklah sakit kepala, terasa loya dan sakit di bahagian atas abdomen. 

Monday, 16 January 2012

First Kick Untuk Baba~

Jika sebelum ni aku hanya merasakan denyut2an halus jer di perut yg comel ni, skang denyutan2 tu semakin kuat dan jelas.. 'Duk'.. 'Duk Duk Duk' kalau die tendang. Alhamdulillah, rase nk menitis airmata ni. Biasanya pun denyutan tu terase jika aku berehat, relax, menyandar di kerusi atau baring. Sekarang tgh buat kerja opis pun terase die bergerak2.. Seperti ombak. Rase nk ketawa pun ada sbb kadang2 tu aku rase seperti digeletek.. Subhanallah besar rahmatMu ya Allah, sukar nk gambarkan perasaan ini..

Aku perasan baby start tendang kuat hari Khamis lepas, masa nk tdur biasanya aku ajak baby bace ayat kursi dan 3 qul sambil tgn letak di perut, mengusap2 dia. Elok abis baca, baby terus gerak2 dan tendang kuat2.. Terus aku panggil DH untuk letak tgn die kat perut, DH pun rase 'Duk Duk' "Ei kuatnya tendang bonda" kate DH.. Lepas tu kami ketawa sama2.. Syukur ya Allah, indahnya saat itu. So, esok2 pun DH dpt rase baby tendang lagi dan selepas ni tu, DH pun gunakan baby jerla utk balas dendam kat bonda ni.. Sikit2 ngadu ngn baby n suh baby tendang bonda.. Jaat huhuhu...